TAHNIAH PASUKAN PETANQUE SMKA DURIAN GULING!

0

TAHNIAH PASUKAN PETANQUE SMKA DURIAN GULING!

Tarikh: 17 Julai 2025
Tempat: SMK Seri Serating, Marang

SMKA Durian Guling sekali lagi membuktikan kehebatan dalam arena sukan apabila pasukan Petanque Lelaki sekolah ini berjaya meraih Naib Johan dalam Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Terengganu Zon Marang 2025 yang berlangsung pada 17 Julai 2025.

Pasukan yang diwakili oleh:

  • Muhammad Anas Amsyar bin Mohd Azhar
  • Muhammad Saifuddin bin Saiful Azuan
  • Muhammad Ayyad Rahman bin Abdul Wahid

telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kerjasama berpasukan yang membanggakan sepanjang kejohanan tersebut.

Kejayaan ini merupakan hasil bimbingan dan dorongan berterusan daripada guru-guru penasihat serta sokongan pihak sekolah dalam memperkukuh budaya kecemerlangan kokurikulum.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih atas kejayaan ini. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *