TAHNIAH PASUKAN DODGEBALL SMKA DURIAN GULING!

0

 

Tarikh: 17 Julai 2025
Tempat: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu

SMKA Durian Guling sekali lagi mencipta nama apabila dua pasukan Dodgeball sekolah ini berjaya meraih Naib Johan dalam Karnival Sukan Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025.

🥈 Kategori Perempuan (P18)

Pasukan yang diwakili oleh:

  • Alya Qistina binti Abdul Jalal

  • Nadhirah Ayuni binti Zamri

telah menampilkan semangat juang yang tinggi dan aksi cemerlang sepanjang kejohanan, sekaligus membawa pulang pingat perak bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.

🥈 Kategori Lelaki (L18)

Sementara itu, pasukan lelaki SMKA Durian Guling yang terdiri daripada:

  • Wan Muhammad Fawwaz Wajdi bin Wan Mohd Noor

  • Muhammad Danial Rifqi bin Rosmadi

  • Muhammad Irsyad Hulafi bin Irwan

  • Muhammad Saifuddin bin Shaiful Azuan

  • Muhammad Zulharith bin Mohd Faizu

turut mengharumkan nama sekolah dengan meraih Naib Johan bagi kategori lelaki bawah 18 tahun.

Kejayaan berganda ini membuktikan bahawa pelajar SMKA Durian Guling bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah aktif dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain serta guru pembimbing atas dedikasi dan semangat yang tinggi. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus menyerlah di pelbagai peringkat.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *