SMKA Durian Guling Raih Naib Johan dan Tempat Kelima Sumo Robot Challenge D’MOSS 2026
24 September 2026 | Dataran RBT, SMK Dato’ Haji Mohd Said
Pasukan Robotik SMKA Durian Guling sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih Naib Johan dan Tempat Kelima dalam Sumo Robot Challenge D’MOSS 2026 Peringkat Negeri bagi kategori 500g RC (15 × 15) sempena Karnival D’MOSS 2026.
Kejayaan membanggakan itu diraih oleh Daniel Iman Bin Reza Shahrin yang muncul sebagai Naib Johan, manakala Mohammad Amirul Adha Bin Saiful Mazli berjaya menamatkan saingan di tempat kelima dalam pertandingan yang menghimpunkan peserta terbaik dari seluruh negeri.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan murid SMKA Durian Guling dalam bidang robotik serta hasil bimbingan guru-guru yang komited memperkasa budaya STEM di sekolah.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta atas kejayaan yang membangga
kan ini. Semoga pencapaian tersebut menjadi inspirasi kepada warga SMKADG untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
DGES Pemangkin Generasi Rabbani
