Ahmad Hadif Rayyan Harumkan Nama SMKA Durian Guling, Layak Sertai Pasukan Sofbol U18 Malaysia
Pelajar SMKA Durian Guling, Ahmad Hadif Rayyan bin Haniff, berjaya melayakkan diri ke pasukan sofbol kebangsaan U18 Malaysia untuk Asia Cup & World Cup 2027 Qualifier.

(Foto: Fail SMKADG)
MARANG — Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling melakar sejarah tersendiri apabila salah seorang pelajarnya, Ahmad Hadif Rayyan bin Haniff, berjaya melayakkan diri untuk menyertai pasukan sofbol kebangsaan bawah 18 tahun (U18 Men Softball Malaysia).
Kejayaan ini sekali gus membolehkan beliau mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa Asia Cup – World Cup 2027 Qualifier.
Pencapaian cemerlang Ahmad Hadif Rayyan disokong oleh rekod prestasi dan deretan kejayaan memberangsangkan yang diraihnya dalam beberapa kejohanan terdahulu:
- Kejohanan Sofbol MSSD Marang: Johan (Best Pitcher)
- Kejohanan Sofbol MSST: Tempat Ke-3 (Best Pitcher)
- Kejohanan Sofbol MSSM: Naib Johan (Best Pitcher)
- Kejohanan Sofbol Pra SUKMA: Naib Johan
- Kejohanan Sofbol TSA Open: Johan
Pengetua SMKA Durian Guling, En. Nurin bin Abdul Majid, mewakili seluruh warga sekolah turut menzahirkan rasa bangga dan menyampaikan ucapan tahniah atas pencapaian luar biasa tersebut.
“Teruskan usaha, kekalkan semangat kecemerlangan dan jadilah kebanggaan sekolah,” kata beliau dalam perutusannya.
Seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat mendoakan agar Ahmad Hadif Rayyan terus beroleh kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Syabas dan teruskan kecemerlangan!
