RoboNellang Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan: SMKA Durian Guling Dinobatkan Johan

RoboNellang Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan: SMKA Durian Guling Dinobatkan Johan
Kemaman, 23 Ogos 2025 – Pertandingan RoboNellang Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan melabuhkan tirainya di Universiti Kolej TATI (UC TATI), Terengganu, dengan menyaksikan penyertaan luar biasa sebanyak 140 pasukan dari seluruh Malaysia melibatkan sekolah rendah dan menengah.
Acara berprestij dua hari itu, yang dianjurkan bersama oleh UC TATI, SK Meraga Beris, SK Kerteh, dan SK Telok Kalong dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, menjadi platform penting dalam memupuk minat pelajar terhadap robotik, teknologi, serta bidang STEM di peringkat nasional.
Dalam kategori sekolah menengah, kejuaraan peringkat kebangsaan menjadi milik pasukan MARS-DGES02 dari SMKA Durian Guling, Terengganu, selepas menewaskan pasukan lawan dengan strategi mantap serta penguasaan teknikal yang cemerlang.
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:
Pertandingan berkonsepkan sumo robot ini menguji kreativiti pelajar dalam mereka bentuk robot bersaiz maksimum 15cm x 15cm x 15cm dengan berat tidak melebihi 500g, menggunakan mikropengawal seperti Arduino, Raspberry Pi atau micro:bit.
Menurut pihak penganjur, kejayaan penganjuran peringkat kebangsaan kali kedua ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar dalam dunia robotik, malah menjadi wadah melahirkan generasi muda yang celik teknologi, berinovasi, dan mampu bersaing di pentas lebih tinggi.
