SMKA Durian Guling Raih Johan & Naib Johan Robot Sumo di Southeast Asia Olympiad Championships

0

SMKA Durian Guling Raih Johan & Naib Johan Robot Sumo di Southeast Asia Olympiad Championships
KUALA TERENGGANU, 1 OKTOBER 2025 – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling mencatat sejarah gemilang apabila berjaya merangkul Johan dan Naib Johan dalam acara Robot Sumo di Southeast Asia Olympiad Championships yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Pertandingan berprestij ini menghimpunkan pasukan hebat dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja, menjadikan saingan cukup sengit.
SMKADG menghantar dua pasukan ke kejohanan tersebut, dan kedua-duanya berjaya menguasai podium:
🏆 Tempat Pertama (Pasukan Mars Dges)
1. Muhammad Danish Muzaffar bin Mat Rani
2. Mohammad Amirul Adha bin Saiful Mazli
3. Ahmad Yusof bin Mohamad Kthabi
🥈 Tempat Kedua (Pasukan Durian Guling)
1. Daniel Iman bin Reza Shahrin
2. Muhammad Aidil Akmal bin Azlan
Kejayaan berganda ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, malah turut mengangkat nama negeri Terengganu serta Malaysia di peringkat serantau.
Pengetua SMKA Durian Guling merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing serta warga sekolah yang sentiasa memberi sokongan. Menurut beliau, pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar SMKADG bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah berdaya saing dalam teknologi dan inovasi.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *