Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

0

Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan (KPM) 2025

*Umairah Aqilah binti Mohd Yamin*, pelajar SMKA Durian Guling, telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih *Tempat Ke-3* dalam *Pertandingan Khat Kategori Perempuan* sempena Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan (KPM)  Peringkat Negeri Terengganu 2025*.

Pertandingan berlangsung pada *16 Jun 2025* di *SMK Pengkalan Berangan*, menghimpunkan peserta-peserta berbakat dari seluruh negeri. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil jabatan pendidikan negeri bersama barisan pentadbir sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan *tahniah dan syabas* atas kejayaan cemerlang ini. Semoga Umairah terus melakar kejayaan dalam bidang seni khat serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain.

*SMKA Durian Guling terus unggul dalam sahsiah dan seni Islam.*

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *