SMKA Durian Guling Raih 10 Pingat di Southeast Asia Olympiad 2026
Terengganu, 10 September 2026 – Alhamdulillah, SMKA Durian Guling berjaya menutup tirai penyertaan dalam Southeast Asia Olympiad Championship 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9 hingga 10 September 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila membawa pulang 10 pingat.
Kontinjen SMKA Durian Guling mencatat kejayaan cemerlang dalam beberapa kategori pertandingan, khususnya Matematik, Bahasa Inggeris dan Biologi.
Pencapaian SMKA Durian Guling:
- Matematik: 2 Emas, 2 Perak, 1 Gangsa
- Bahasa Inggeris: 3 Perak, 1 Gangsa
- Biologi: 1 Perak
Jumlah keseluruhan: 10 pingat (2 Emas, 6 Perak, 2 Gangsa).
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan kecemerlangan warga SMKA Durian Guling dalam bidang akademik di peringkat antarabangsa. Tahniah kepada semua murid, guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
#SMKADG #DGESPemangkinGenerasiRabbani #SoutheastAsiaOlympiad2026 #UMT #BerimanBerilmuBeramal
