Assalamualaikum WBT
Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya, Laman Web Rasmi SMKA DURIAN GULING dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap yang terbilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengakses laman web sekolah ini. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini, mahupun untuk beintenteraksi sesama sendiri.
Laman web ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci tentang latar belakang SMKA DURIAN GULING. Semoga hasrat sekolah untuk menjadi SMKA unggul di peringkat kebangsaan tahun 2012 berjaya digapai.
Pengetua,

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *