Majlis Pengagihan Air Zam Zam dan Kismis

0

zam zam water arsenic

 

24 Ogos 2011 – Berlangsung satu majlis ringkas pengagihan Air Zam-zam dan kismis kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Majlis ini disempurnakan oleh Guru kanan bahasa Pn. Tuan Sakinah selaku pengurus projek PMR. Menurut Pn. Tn. Sakinah, Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.” Manakala kismis pula Rasulullah pernah bersabda “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”.

 

 

FAKTA Rahsia kelebihan air zamzam

–  Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
–  Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
–  Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
–  Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
–  Antara mata air syurga.
–  Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
–  Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
–  Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
–  Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
–  Minuman orang mulia (al-abrar).
–  Menambah kekuatan badan.

Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *