stpm
Isnin, 18 Mac 2013 – Hari yang dinantikan oleh semua calon STPM 2012 telah tiba. Pada hari ini serentak seluruh Malaysia telah diumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012. Alhamdulillah SMKADG telah mencapai keputusan yang agak baik pada tahun ini di mana daripada seluruh sekolah di Terengganu SMKADG menduduki tempat KETIGA dengan NGPK sebanyak 2.85. Terdapat tiga orang pelajar telah mendapat CGPA 4.0 iaitu Muhammad Syeikhul Ikram Mohd Zali, Muhd Usamah bin Mohd Kamaruddin, dan Siti Aisyah bt Ismail. 40 pelajar telah berjaya memperoleh keputusan 5 Principal. Tahniah diucapkan!

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *