Latihan Kebakaran (Fire Drill)

0

22 jun 2011, SMKADG – Satu latihan kebakaran telah diadakan di sekolah bermula pada jam 2:00 petang hasil inisiatif pihak sekolah bersama Jabatan Bomba & Penyelamat Wakaf Tapai. Latihan dimulai dengan membunyikan loceng kecemasan tepat pada jam 2.00 petang. Semua warga SMKADG kelihatan berpusu-pusu meninggalkan bilik masing-masing menuju ke padang sekolah dalam masa yang telah ditetapkan.

Setelah diberi taklimat dan komen dari Jabatan Bomba, sesi latihan kebakaran diteruskan dengan demonstrasi dan praktikal menggunakan alat pemadam api (serbuk kering) dan praktikal memadamkan kebakaran pada tempat memasak. Menurut staf Jabatan Bomba, sekiranya berlaku kebakaran tempat memasak di rumah, janganlah cepat panik dan jangan sesekali cuba memadamkan api yang berpunca daripada minyak menggunakan air kerana ia boleh menyebabkan api semakin marak. beberapa orang pelajar dan guru juga mengambil bahagian dalam demonstrasi memadamkan kebakaran.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *