Program Promosi Kesihatan
4 Mei 2011 – Kementerian kesihatan Malaysia dengan kerjasama SMKADG telah mengadakan satu Program iaitu Program Promosi Kesihatan dan Cara Hidup Sihat. Peserta program ini ialah pelajar tingkatan satu dan dua. Antara program yang diadakan ialah Ceramah kesihatan, pameran kesihatan dan kempen cara hidup sihat. Bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 12 tgh.