Program Jalan Ria 10 000 Langkah 1 Murid 1 Sukan

0

https://i0.wp.com/s12.postimg.org/c81yx117x/10k.jpg?w=640

Pada Rabu 4/9/2013 SMKA Durian Guling berjaya melaksanakan program Program Jalan Ria 10 000 Langkah 1 Murid 1 Sukan Peringkat SMKA Durian Guling 2013. Objektif utama program ini untuk membentuk masyarakat Malaysia agar lebih prihatin tentang penjagaan kesihatan dari peringkat asas. Selain itu, menjadikan aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah sehari sebagai budaya harian setiap individu di Malaysia dalam membangunkan masyarakat yang sihat.
Pada awal pagi, aktiviti panas badan iaitu senamrobik dimulakan dan acara berjalan 10 ribu langkah bermula di Padang Sekolah menuju ke Taman Rekreasi Alur Limbat. Alhamdulillah dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan kerjasama dari semua guru dan pihak yang terlibat, program berjaya dilaksanakan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Syabas dan tahniah diucapkan.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *