PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MARANG

0

https://i0.wp.com/s18.postimg.org/8hh2ehvop/KEMSAINS.jpg?w=640

PERTANDINGAN KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH MARANG

Bertempat di SK Marang pada 18 dan 19 Jun 2013, telah diadakan satu pertandingan karnival pendidikan sains dan teknologi peringkat daerah marang. Karnival Sains dan Teknologi merupakan acara tahunan di bawah Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan memupuk minat di kalangan para pelajar terhadap bidang sains dan teknologi hijau. Di samping itu, program ini turut menggalakkan  mereka untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Penganjuran pertandingan yang melibatkan pendidikan sains dan teknologi hijau akan meningkatkan lagi kesedaran awam terhadap  kepentingan teknologi hijau dan alam sekitar kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Antara kategori yang dipertandingkan ialah membina model solar car, solar boat,coking energy,model roket  dan Saintis muda. Dalam pertandingan kali ini wakil SMKADG berjaya mendapat hadiah tempat kedua dalam pertandingan kuiz Saintis Muda.

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *