sambutan bulan kemerdekaan 2017

0

SMKA Durian Guling telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2017 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-60 bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”. Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid tingkatan 1 hingga 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan mengarang , pertandingan menulis esei kemerdekaan, kuiz kemerdekaan, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Pengetua SMKADG, En. Salleh b AB Bakar turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rafeah bt Musa, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.

Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SMKADG turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Peringkat SMKADG, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *