PANDUAN RINGKAS PERSEKOLAHAN SEMASA PERINTAH KAWASLAN PERGERAKAN PEMULIHAN 2020
PANDUAN RINGKAS PERSEKOLAHAN SEMASA
PERINTAH KAWASLAN PERGERAKAN PEMULIHAN 2020
- Semua pelajar yang hadir ke sekolah MESTI membuat saringan suhu badan
sebelum masuk ke kelas. Suhu badan 37.5⁰ C dan lebih tidak dibenarkan masuk
ke kelas.
- Tempat saringan suhu badan di pintu masuk utama. Selepas saringan suhu
semua pelajar dikehendaki melaporkan kepada guru pencatat dengan menyebut
nombor bilangan dan nilai suhu yang diukur di Foyer dewan Ibnu Khaldum
(Tingkatan Enam dan 5 Ghazali) dan gajah menyusu dataran Tarbiyah
(Tingkatan lima)
- Selepas melapor nilai saringan suhu para pelajar MESTI mencuci tangan dengan
cecair pensanitasi, kemudian bergerak ke kelas mengikut arah yang ditetapkan.
Pelajar digalakkan membawa sendiri cecair pensanitasi tangan.
- Pelajar yang tidak sihat dan bergejala (batuk dan selsema) dinasihatkan tidak
hadir ke sekolah dan perlu mendapatkan rawatan di klinik terlebih dahulu. Pelajar
dikehendaki memakai pelitup muka semasa masuk ke kawasan sekolah.
Pelitup muka disediakan oleh pelajar sendiri.
- Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah dilabelkan di dalam kelas.
Tingkatan 5 Al-Ghazali dipindahkan ke bangunan Tingkatan Enam.
- Semua pergerakan di dalam Kawasan sekolah MESTI mengikut penunjuk arah
yang disediakan. Pergerakan ke tempat yang tidak berkaitan dengan
pembelajaran dan makan minum tidak dibenarkan.
- Pelajar mesti membawa sendiri semua peralatan pembelajaran dan dilarang
meminjam peralatan pembelajaran daripada rakan.
- Pelajar dinasihatkan tidak menyentuh apa-apa permukaan yang tidak berkait
dengan pembelajaran.
- Pelajar perlu senantiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
- Pelajar boleh membeli makanan dan minuman di kantin (secara bungkus) dan
makan di tempat duduk masing-masing di dalam kelas. Dinasihatkan membawa
bekal sendiri untuk lebih selesa. Kebersihan kelas tanggungjawab bersama
- Penggunaan tandas terhad kepada TIGA orang pada satu-satu masa. Hanya
tandas Blok A dan Blok D sahaja dibenarkan.
- Pelajar dikehendaki membawa sejadah sendiri untuk solat. Pelajar juga diminta
membawa sudu dan garfu sendiri (plastik)
- Lawatan daripada ibu/bapa/penjaga tidak dibenarkan.(Pelajar asrama)
- Pelajar yang membawa kereta dikehendaki meletakkan kereta di tepi surau
As-Shafie, selepas membuat saringan suhu badan
- Pelajar yang menunggang motosikal dinasihatkan tidak membawa
pembonceng.
- Kelas hendaklah dibersihkan selepas waktu pembelajaran. Semua kerusi
diletakkan di atas meja.
#KitaJagaKita
MUAT TURUN NO PEREKODAN SUHU BADAN