PANDUAN RINGKAS PERSEKOLAHAN SEMASA PERINTAH KAWASLAN PERGERAKAN PEMULIHAN 2020

0

 

kovid

PANDUAN RINGKAS PERSEKOLAHAN SEMASA

PERINTAH KAWASLAN PERGERAKAN PEMULIHAN 2020

 

  1. Semua pelajar yang hadir ke sekolah MESTI membuat saringan suhu badan

    sebelum masuk ke kelas. Suhu badan 37.5⁰  C dan lebih tidak dibenarkan masuk

    ke kelas.

  1. Tempat saringan suhu badan di pintu masuk utama. Selepas saringan suhu

    semua pelajar dikehendaki melaporkan kepada guru pencatat dengan menyebut

    nombor bilangan dan nilai suhu yang diukur di Foyer dewan Ibnu Khaldum

     (Tingkatan Enam dan 5 Ghazali) dan gajah menyusu dataran Tarbiyah

    (Tingkatan lima)

  1. Selepas melapor nilai saringan suhu para pelajar MESTI mencuci tangan dengan

    cecair pensanitasi, kemudian bergerak ke kelas mengikut arah yang ditetapkan.

    Pelajar digalakkan membawa sendiri cecair pensanitasi tangan.

  1. Pelajar yang tidak sihat dan bergejala (batuk dan selsema) dinasihatkan tidak

    hadir ke sekolah dan perlu mendapatkan rawatan di klinik terlebih dahulu. Pelajar

    dikehendaki memakai pelitup muka semasa masuk ke kawasan sekolah.

    Pelitup muka disediakan oleh pelajar sendiri.

  1. Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah dilabelkan di dalam kelas.

    Tingkatan 5 Al-Ghazali dipindahkan ke bangunan Tingkatan Enam.

  1. Semua pergerakan di dalam Kawasan sekolah MESTI mengikut penunjuk arah

     yang disediakan. Pergerakan ke tempat yang tidak berkaitan dengan

     pembelajaran dan makan minum tidak dibenarkan.

  1. Pelajar mesti membawa sendiri semua peralatan pembelajaran dan dilarang

    meminjam peralatan pembelajaran daripada rakan.

  1. Pelajar dinasihatkan tidak menyentuh apa-apa permukaan yang tidak berkait

    dengan pembelajaran.

  1. Pelajar perlu senantiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
  2. Pelajar boleh membeli makanan dan minuman di kantin (secara bungkus) dan

      makan di tempat duduk masing-masing di dalam kelas. Dinasihatkan membawa

      bekal sendiri untuk lebih selesa. Kebersihan kelas tanggungjawab bersama

  1. Penggunaan tandas terhad kepada TIGA orang pada satu-satu masa. Hanya

      tandas Blok A dan Blok D sahaja dibenarkan.

  1. Pelajar dikehendaki membawa sejadah sendiri untuk solat. Pelajar juga diminta

      membawa sudu dan garfu sendiri (plastik)

  1. Lawatan daripada ibu/bapa/penjaga tidak dibenarkan.(Pelajar asrama)
  2. Pelajar yang membawa kereta dikehendaki meletakkan kereta di tepi surau

      As-Shafie, selepas membuat saringan suhu badan

  1. Pelajar yang menunggang motosikal dinasihatkan tidak membawa

      pembonceng.

  1. Kelas hendaklah dibersihkan selepas waktu pembelajaran. Semua kerusi

     diletakkan di atas meja.

 

#KitaJagaKita

 

MUAT TURUN NO PEREKODAN SUHU BADAN

button

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *