Tahniah & Syabas! SMKADG Ungguli STPM 2012

0

stpm2012

Marang 7 Mac 2012 – Abdul Rahim B. Abdullah, dari SMKA Durian Guling, Marang memperolehi 5A dalam STPM 2011. Beliau memperoleh A bagi matapelajran BM, PA, Syariah, B.Arab dan A- bagi matapelajaran Usuluddin. Beliau juga merupakan salah seorang calon terbilang yang memperoleh 5A di seluruh negara. Merupakan bekas Ketua Pelajar SMKA Durian Guling, seorang pemimpin pelajar yang berketerampilan tinggi dan berdedikasi.

Beliau merupakan anak ke-8 daripada 10 orang adik-beradik. Ayahnya telah kembali ke Rahmatullah dan beliau tinggal bersama ibunya, Puan Amainor Binti Mamat di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

SMKA Durian Guling juga menjadi sekolah kedua terbaik bagi pencapaian STPM negeri Terengganu 2011 dengan PNGK 2.85. Seramai 39 calon daripada 83 calon STPM SMKADG atau 46.99% memperolehi 5 Principal. Sekolah ini juga mencatat seramai 82 daripada 83 orang pelajar (98.80%) Lulus Penuh sekurang-kurangnya 1 matapelajaran.

 

 

MUAT TURUN ANALISIS STPM 2012

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *