Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

0

SENAMROBIK 033 usop

10 JULAI 2012 – Bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia secara langsung menaikkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan murid sekolah. “saya bersyukur kerana dasar satu murid satu sukan turut memperlihatkan hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti sukan boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan gagasan satu malaysia.” Beliau berucap sempena pelancaran aktiviti serentak senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sempena bulan kecergasan Kementerian Pelajaran 2012. Berjalan serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara dengan lebih 3.6 juta pelajar program mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records. Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah. Di SMKADG program ini diadakan secara berasingan dimana, pelajar lelaki di dataran kejat, manakala pelajar perempuan di dalam dewan ibnu Khaldun.

 

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *