mauludnabi
Sambutan Maulidur Rasul 2012

16 Feb 2012 – Maulidur Rasul, adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2012  ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“ Seperti tahun sebelumnya, SMKADG tidak pernah ketinggalan mengadakan sambutan ini. Dimulakan dengan perarakan membawa sepanduk mengelilingi sekolah dan ceramah Maulidur Rasul. Pelbagai pertandingan juga diadakan, antaranya ialah, Pertandingan Khutbah, Sajak, Azan, Khat, Kalimatul Sobah dan Kuiz.

p/s: Pasukan yang mewakili sekolah ke sambutan Maulidur rasul peringkat daerah memperolehi tempat yang pertama, tahniah.

 

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *