SAMBUTAN HARI RAYA DAN HARI GURU 2022

0

raya

Pada 16 MEI 2022 telah dilaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru peringkat sekolah.Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Agama Durian Guling begitu teruja menyambutnya,setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat PKP. Antara objektif perlaksanaan progaram yang telah tercapai ialah dapat mengeratkan hubungan antara guru -guru dan murid-murid serta warga SMKADG.

Bermula dengan perarakan guru masuk ke dewan, dan diikuti oleh pembacaan perutusan hari guru oleh wakil PPD. Selain itu juga turut diadakan acara sukaneka guru yang disertai oleh semua guru dan AKP.

Kemeriahan sambutan Hari Raya terserlah dengan semua warga SMKADG memakai baju raya yang berwarna warni serta saling salam bersalaman di antara guru dan murid. Selain itu Majlis jamuan rumah terbuka juga diadakan, pelbagai makanan tradisional disajikan untuk dinikmati oleh warga sekolah.

Selain itu,dapat mewujudkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid seperti bekerjasama dan sikap saling bantu membantu diantara murid,bergotong royong bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *