Program Ingat Sebelum Terkena (Kesedaran & Pencegahan)
Jabatan Pelajaran Terengganu dan UBK SMKADG telah mengadakan satu program yang diberi nama Program Ingat Sebelum Terkena (Kesedaran & Pencegahan). Program ini telah dikendalikan oleh Kaunselor dari SMK Rusila iaitu En. Affendi Bin Bakri.
LATAR BELAKANG
Ingat Sebelum Terkena adalah program pengukuhan jati diri dalam menangani gejala sosial di kalangan remaja dan gaya hidup sihat sepanjang masa.
OBJEKTIF
Melahirkan individu atau remaja yang cemerlang dan seimbang dari sudut pencapaian akademik dan akhlak.
Menyemai sifat kasih sayang terhadap diri sendiri, ibu bapa, keluarga, agama dan negara.
Memperkasa jatidiri remaja dalam mendepani arus kehidupan global.
Menyediakan program latihan pembimbing remaja (T.O.T) bagi membentuk generasi ulul albab pewaris masa depan.
SINOPSIS PROGRAM
Program kecemerlangan individu/remaja diwujudkan bagi memberi bimbingan dan kemahiran kepimpinan diri dalam usaha membentuk keperibadian mulia dan memantapkan sahsiah remaja sebagai satu anggota dalam keluarga dan masyarakat.