page

MURID adalah aset penting yang perlu diberikan perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudnya dan disayangi setiap masa oleh insan yang bernama guru kerana tanpa murid maka tiadalah guru. Justeru itu, warga SMKA Durian Guling telah melancarkan program ‘Guru Penyayang, Murid Sayang’ peringkat sekolah, baru-baru ini.  Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pn Kamariah Bt Ali, Pengetua SMKA Durian Guling. Menurut Pn. Pengetua,  guru penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan ambil cakna terhadap setiap perkara berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan kasih-sayang, mesra murid, berbudibahasa, prihatin dan adanya unsur kecindan tetapi berpendirian tegas dalam mengamalkan disiplin.

Antara program yang dijalankan ialah guru-guru menunggu kehadiran murid dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah.  Di samping itu, guru dapat beramah-mesra dengan ibu bapa dan penjaga murid.  Murid-murid diberikan cenderahati atas kehadiran mereka pada hari tersebut. Selain itu, murid-murid yang menyambut hari kelahiran sepanjang bulan Januari dan Februari turut menerima hadiah hari jadi.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *