Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )

0

https://i0.wp.com/s4.postimg.org/3qg08ukzh/DSC_0708.jpg?w=640

 

Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )
Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) merupakan persatuan telah didaftarkan di bawah kaedah-kaedah Persatuan Ibu bapa – Guru-guru, 1973 dan diberi nombor pendaftaran 057(SM). Persatuan ini diketuai oleh seorang yang Dipertua (YDP) dan Ahli jawatankuasa terdiri daripada ibu bapa dan guru. Pengetua pula berperanan sebagai penasihat bagi memandu perjalanan PIBG agar matlamat penubuhannya selaras dengan Anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pendidikan Malaysia. Hasrat PPPM dalam Anjakan ke-9 adalah:

a)    Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah.
b)    Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan.
c)    Menambah bilangan model sekolah Amanah kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO yang berpontensi sebagai penaja.

PIBG SMKA Durian Guling telah diluluskan bagi persatuan ini  yang ditandatangani oleh Dato A.Rahim bin Tahir yang merupakan Pendaftar Sekolah-sekolah Terengganu bertarikh 14 Februari 1996.Setahun selepas pembukaan sekolah ini dilakukan secara rasmi bertujuan supaya pendidikan di Sekolah ini dapat dihubungkan dengan masyarakat. Bagi memenuhi hasrat ini SMKA Durian Guling telah membuka ruang kepada komuniti setempat untuk turut serta mengembeling tenaga bagi mencapai kecemerlangan sekolah. PIBG SMKA Durian Guling mengisi keperluan ini dalam menerajui usaha ke arah pemupukan hubungan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa murid.
Sejak tahun 1996 PIBG sekolah ini ditubuhkan hingga sekarang,untuk tahun 2016/2017 PIBG SMKA Durian guling diterajui oleh PIBG En. Mohd Shafie bin Hasan selaku Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua iaitu En.A.Ghani bin Awang, seorang setiausaha, dan seorang bendahari serta sepuluh orang ahli jawatankuasa, En. Salleh bin Ab Bakar, pengetua SMKA Durian Guling selaku penasihat.

Jawatan YDP, Timbalan YDP dan sepuluh orang ahli jawatankuasa dilantik dalam kalangan ibu bapa, manakala jawatan setiausaha, bendahari dilantik dalam kalangan warga guru sekolah ini. Seramai enam orang guru turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang menganggotai PIBG. Dua orang Pemeriksa Kira-kira dilantik dalam kalangan guru. Kombinasi guru dan ibu bapa yang seimbang ini membentuk satu rangkaian kerjasama yang padu dalam memastikan PIBG benar-benar berfungsi sebagai jambatan penghubung antara guru, ibu bapa dan masyarakat ke arah kecemerlangan sekolah. Senarai penuh dan carta jawatankuasa PIBG boleh dilihat dalam Lampiran A.
Mesyuarat Agung PIBG diadakan sekali setahun untuk memilih ahli-ahli jawatankuasanya. Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan dijadikan sebagai platform untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, laporan kewangan, pemilihan jawatankuasa baru, pembentangan usul dan cadangan serta dijadikan medan kepada pengetua untuk menyampaikan dasar-dasar KPM, dasar dan harapan-harapan pihak sekolah terhadap ibu bapa mengenai kcemerlangan sekolah.

 Carta Organisasi PIBG 2016/2017

https://i0.wp.com/s1.postimg.org/fj20623lr/ffgfgf.jpg?resize=427%2C604

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *