PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

0

Pada 5-7 Julai 2012, perkhemahan unit beruniform telah diadakan di  Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu.Seramai hampir 160 orang pelajar yang menyertai perkhemahan ini. Setiap unit telah menghantar seramai 12 orang ahli wakil yang terdiri daripada Pasukan Pengakap,Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, BBSMM, Ranjer Puteri & Pandu Puteri.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan. Antaranya adalah ice-breaking, Kawad Kaki, Memanah, Ikhtiar Hidup,Paint Ball, Pertandingan Memasak, Khemah Terbaik, Pertolongan Cemas, & Persembahan Malam Kebudayaan. Semua aktiviti yang diadakan telah menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

Antara objektif utama perkhemahan unit beruniform diadakan adalah untuk melatih pelajar supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan.Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif perkhemahan ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.

Komitmen para guru amatlah tinggi dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru yang sudi berkhidmat dengan ikhlas tanpa mengenal erti penat dan lelah.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Penolong Kanan 1,Pn Hafizah Bt said. Sila gallery untuk tatapan gambar kenang-kenangan sepanjang berlangsungnya program perkhemahan ini.

KEPUTUSAN PENUH

1 X

2 X

3 X

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *