PELANCARAN PROGRAM SUMUR 2015
{youtube}Nj4J7huAc6I{/youtube}
Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) adalah idea dan hasrat YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN, mantan Menteri Pelajaran Malaysia dan disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) KPM dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
Sumur telah dilancarkan oleh YB. Dato’ Noh Bin Omar, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor. Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) telah dimurnikan semula menjadi 4 program utama iaitu Program Budi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.
Matlamat modul ini adalah untuk melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain, sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat, mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian, mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisme.