MARANG 7 SEPT, SMKADG telah mengadakan satu kem yang diberinama “Mukhayyam cinta al quran” bagi pelajar kelas Tammayuz bersama ustaz Rizal di Anggulia Ressort Marang

Menurut Pengarah Kem ini, Pn Rokiah Bt Hassan (PK-KO), penyertaan yang dibuka kepada pelajar kelas Tammayuz ini bertujuan untuk menanamkan semangat keazaman untuk cintakan Al-Quran, menghafal dan membaca Al-Quran dengan sebaiknya.

Ujar beliau lagi, selain penekanan aspek hafalan Al-Quran, para peserta turut dibimbing untuk mempraktikkan budaya menggunakan hadis dalam aspek perbualan dan pertuturan.

Program gabungan yang berlangsung selama tiga hari ini diisi dengan Sesi hafalan Quran, Kisah Teladan daripada surah pilihan disamping aktiviti Qiamulail, Motivasi , Eksplorace Hafazan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *