Majlis Sambutan Aidilfitri 2010
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 Peringkat Sekolah
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Pada hari Khamis 23 September SMKADG telah mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah yang disambut dengan gemilang berbeza dari tahun-tahun yang dahulu. pada tahun ini semua kelas telah bergabung dalam menjayakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan, guru-guru kelas serta murid-murid sekelian.