MAJLIS PERSARAAN USTAZ ABDULLAH

0

USTZLAHCUN

7 Feb 2012 (Selasa) – Majlis Persaraan Tn. Hj. Abdullah Salleh telah diadakan di Dewan Besar Ibnu Khaldun. Majlis dimulakan dengan perarakan Vespa, bunga manggar dan di iringi paluan kompang, bermula dari blok Aspuri hingga ke dewan Besar Ibnu Khaldun. Pasukan silat sekolah juga telah mengadakan persembahan untuk menghiburkan hadirin. Antara aktiviti lain ialah, ucapan pengetua, wakil guru, wakil pelajar, tayangan multimedia, penyampaian hadiah oleh pelajar dan acara bergambar dengan Tuan Haji Abdullah. Majlis di akhiri dengan jamuan di rumah Ustaz Abdullah di Kg. Binjal Kertas, Kuala Berang. Ustaz Abdullah mula berkhidmad di SMKADG pada tahun 2007-2012, dan bersara pada usia 55 tahun.

https://i0.wp.com/s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *