Majlis persaraan En. Che Ali

0

Setelah 31 tahun menyemai bakti sebagai pendidik, akhirnya pada 6 Januari 2011, Encik Che Ali b. Aziz bersara wajib. Majlis meraikan persaraan beliau telah pun dibuat pada hari ini di SMKADG bagi menghargai jasa beliau dalam dunia pendidikan. En. Che Ali pernah memegang jawatan PK1 di SMKADG, selepas itu beliau telah dinaikan pangkat menjadi Guru Akademik DG52 tingkatan enam. Terkenal dengan gelaran bapa pembangunan sekolah, banyak jasa yang telah dicurahkan oleh beliau, antaranya pembinaan dewan kuliah tingkatan enam dan Arca Durian. Dalam majlis ini juga En. Che Ali bermurah hati menyumbangkan RM3400 kepada dana kecemerlangan sekolah. Kami warga SMKADG mengucapkan selamat bersara dan diberikan kesihatan berpanjangan. Terima kasih En. Che Ali, Jasamu dikenang.

GALERI GAMBAR

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *