Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia

0

baucar

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia kepada pelajar Tingkatan 6 Atas telah diadakan pada 7 Mac 2013 di Dewan Besar Ibnu Khaldun SMKADG  dan dihadiri oleh semua pelajar dan guru dari Tingkatan 6 Atas. Pn. Hafizah bt Said selaku Penolong Kanan telah memaklumkan beberapa perkara asas berkaitan dengan Baucar Buku 1 Malaysia.

Antara makluman tersebut  adalah pelajar mempunyai 3 bulan untuk menukarkan baucar. Baucar ini juga boleh juga digunakan dan ditukarkan kepada barang-barang lain yang ada berkaitan dengan pembelajaran seperti alat tulis, kalkulator dan lain-lain lagi. Namun begitu, baucar ini tidak boleh ditukar milik dan perlu mendapatkan cop pengesahan daripada pihak sekolah .

Majlis penyampaian Baucar buku 1Malaysia ini telah disempurnakan oleh En. Shafie bin Hassan selaku pengerusi PIBG SMKADG.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *