MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

0

https://i0.wp.com/s1.postimg.org/lurz4ys7j/nilam14.jpg?w=640

Majlis pelancaran nilam 2014 telah disempurnakan oleh Pengetua SMKADG, Pn. Hjh Kamariah Bt Ali pada 9 mac 2014 bertempat di dewan Ibnu Khaldun.

PROGRAM NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

  • Program NILAM ini merangkumi rancagan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui akitivti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
  • Program ini telah dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah atau Peralihan di sekolah menengah pada tahun 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah tamat persekolahn

MATLAMAT

Matlamat program NILAM ialah untuk membina tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini, khususnya golongan pelajar.

OBJEKTIF

  • Menjadikan murid banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM

Murid
Murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM

Guru
Guru mengesahkan serta menandatangi rekod bacaan murid. Data rekod murid hendaklah diserahkan kepada Pusat Sumber Sekolah untuk dianalisa.

Pengumpulan Data
Data pembacaan murid dikumpul dan diselaraskan di peringkat kelas, tingkatan, seluruh negeri dan kebangsaan pada setiap tahun.

Pengiktirafan dan Ganjaran
Data rekod bacaan yang dikumpulkan dari sekolah akan dinilai di peringkat kebangsaan. Sekolah juga perlu memberi pengiktirafan kepada murid yang telah mencapai tahap bacaan yang tertinggi. Murid-murid yang banyak membaca diberi pengiktirafan dan ganjaran.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *