Majlis Berbuka Puasa Pelajar Asrama Bersama Ketua Sektor SPPK
17 Julai 2013 – Pada hari ini telah diadakan satu majlis berbuka puasa di Asrama SMKADG. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tn. Hj. Ngah B. Bidin yang sudi meluangkan masa bersama warga asrama SMKADG menikmati juadah berbuka puasa di dewan makan ASPURI. Dalam ucapannya Tn. Hj. Ngah B. Bidin amat menekankan supaya pelajar mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.