SMKADG Terima 4 Anugerah daripada MB

0

https://i0.wp.com/s1.postimg.org/l7slpnrwv/Apresiasi_2.jpg?resize=496%2C391

Kerajaan telah membelanjakan RM300 juta setahun untuk pembangunan pendidikan sebagai pelaburan untuk meraih laba dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, komitmen cukup besar ini bertujuan mengangkat martabat pendidikan dengan melonjakkan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan awam yang kini mula menampakkan hasil.

“Kerajaan menaja pelajar-pelajar cemerlang Silij Peperiksaan Malaysia (SPM) keluar negara untuk mengikuti pengajian di bidang perubatan dan pergigian ke Mesir dan Jordan merupakan satu pelaburan bermakna untuk melihat anak tempatan menguasai bidang kedoktoran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri Encik Zakaria Hussin.
Katanya, dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak mustahil akan wujud sebuah hospital khusus untuk wanita yang dirawat oleh semua doktor wanita.
“Saya bercita-cita untuk melihat suatu hari nanti semua pesakit wanita akan menerima rawatan daripada doktor wanita sahaja,” katanya.

Dalam pada itu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut (kategori SPM) menerima Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu yang membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan.
Manakala kategori Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar di berikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling turut menerima RM10,000 dan sijil penghargaan.

Turut menerima Anugerah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Unggul Anjung Ilmu (kategori STPM) ialah PPD Kemaman, PPD Lestari Unggul Ilmu pula dimenangi PPD Marang manakala PPD Kuala Terengganu dan PPD Hulu Terengganu (kategori SPM) masing-masing menerima RM3,000 serta sijil.

 

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *