Majlis Anugerah kecemerlangan SMKADG 2018
MARANG, 16 Mei 2018, Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah merupakan strategi berkesan dalam melonjakkan semangat pelajar-pelajar.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, En, Shafei bin Hassan berkata, majlis seumpama itu juga dapat mewujudkan persaingan positif dalam kalangan pelajar untuk melakukan yang terbaik.
“Ini juga sebagai tanda penghargaan selepas mereka belajar selama lima tahun di sekolah ini.
“Graduasi ini juga pendedahan awal kepada pelajar, sekurang-kurangnya mereka tahu suasana majlis konvokesyen di universiti kelak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Graduasi SMKA Durian Gulingi, baru-baru ini.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan SMKA Durian Guling, Pn. Hafizah bt Said berkata, pelajar-pelajar yang diraikan itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan pihak sekolah antaranya mendapat sekurang-kurangya 6A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.
“Pelajar yang terima sijil pada majlis ini telah memenuhi syarat untuk bergraduasi yang ditetapkan sekolah.
“Saya harap pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran dan menyertai konvokesyen seperti ini lagi”.
Seramai 50 pelajar cemerlang diraikan dalam majlis Hari Graduasi 2018 yang diadakan di dewan sekolah. Hampir 50 orang guru serta ibu bapa hadir bagi memeriahkan majlis graduasi tersebut yang bertujuan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang SPM 2017.