Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah 2014
Pada 15 April 2014 (Selasa) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.30 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.
Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Masa yang diambil oleh semua murid dan staf untuk berkumpul di padang itu adalah di bawah masa 2 minit. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.
Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:
– Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
– Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
– Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
– Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
– Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
– Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan kebakaran itu.