kursus pengurusan jenazah 2011

0

JENAZAH

 

Panitia Pendidikan Islam SMKADG telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah kepada murid tingkatan 3, selaras dengan sukatan pendidikan islam PMR.

Kursus sehari di sekolah itu telah mendedahkan murid kepada teknik mengurus jenazah dengan sempurna seperti cara mandi, mengkafankan dan solat jenazah dan betul.

Aktiviti mengkafankan mayat yang diadakan secara teori mengikut kumpulan memberi keinsafan kepada para peserta

Menurut Guru Agama, Ustazah Hasnita Alias, objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid selaku generasi pelapis tentang pentingnya mempelajari pengurusan jenazah ini demi memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah dalam kehidupan bermasyarakat.

Manakala seorang peserta, Amir Haikal pula berkata, sebelum mengikuti kursus ini dia amat takut bila menziarahi jenazah saudara –mara, sahabat atau jiran sekampung.

“Kursus ini memberi manfaat dan saya berharap dapat membantu masyarakat setempat mengurus jenazah pada masa akan datang,’’ katanya yakin.

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *