KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2012
Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan perayaan bulan kemerdekaan ke-55 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 19 Julai bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, SMKADG. Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengetua SMKADG, Pn. Kamariah bt Ali. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti upacara menaikkan Jalur Gemilang, nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Patriotik dan diikuti dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada pengetua sebagai simbolik kepada pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang.