KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015

0

https://i0.wp.com/s22.postimg.org/no4fyrw8x/OLAHRAGA.jpg?w=640

Pada tarikh 26 FEB 2015, Hari Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah telah diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling (SMKADG).  Tujuan hari sukan seperti ini diadakan adalah untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri pelajar. Hal ini kerana, semua murid yang mengambil bahagian akan bersungguh-sungguh untuk memenangi dalam setiap bahagian yang diambil.
Hari Kejohanan Balapan dan Padang dimulakan pada jam lapan pagi. Semua pelajar yang tidak mengambil bahagian perlu berkumpul dalam khemah yang disediakan untuk menyaksikan acara balapan dan padang. Kemeriahan sorakan para pelajar dapat dilihat apabila dimulakan. Mereka bersungguh-sungguh memberi sorakan kepada rakan-rakan mereka.
Pada jam 11 pagi acara penutup dimulakan dengan persembahan kontijen-kontijen rumah sukan yang terdiri daripada rumah Laksamana, Syahbandar, Temenggung dan Bendahara. Setiap rumah sukan mempersembahkan perakan masing-masing dengan penuh kreatif. Mereka berarak mengelilingi padang dan berkumpul di tengah padang untuk menantikan acara seterusnya.
Acara seterusnya  pengacara majlis menjemput Puan Pengetua dan Tn. Hj. Zakaria bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, sektor pendidikan islam untuk memberi  ucapan seterusnya merasmikan hari sukan.

 

KEPUTUSAN PENUH:

JOHAN KESELURUHAN: RUMAH LAKSAMANA

 

 

 

https://i0.wp.com/s8.postimg.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png?w=640

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *