Kejayaan Pasukan Taekwondo SMKDG di Kejohanan Taekwondo Antarabangsa MBW 2024

0

Pasukan Taekwondo Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling (SMKADG) telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam Kejohanan Taekwondo Antarabangsa MBW 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 4 Ogos 2024. Dalam kategori Poomsae, pasukan SMKDG berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 4 pingat perak, dan 5 pingat gangsa, mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Kejohanan ini diadakan di Dewan Sri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional, Kajang, Selangor, dan disertai oleh 12 orang atlet dari SMKADG, yang terdiri daripada 2 lelaki dan 10 perempuan. Guru-guru pengiring termasuk Cikgu Shireen Azmi, Cikgu Abid Aziz Harun, serta Cikgu Lathifah Aida Wahid, dan Cikgu M. Suffian Said. Jurulatih bagi pasukan Taekwondo SMKADG ialah Sir Syamsol Ikram bin Ramli, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Taekwondo SMKADG atas kejayaan yang membanggakan ini, dan semoga terus maju dalam pertandingan-pertandingan akan datang!

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *