Kejayaan Pasukan DGes di Pertandingan Akhir Terengganu – ExxonMobil 2024

Ahad, 5 Januari 2025
Alhamdulillah, tahun 2025 bermula dengan penuh kejayaan. Pasukan DGES telah berjaya merangkul pingat perak dalam kategori Menengah Rendah dan dua pingat gangsa dalam kategori Menengah Atas di Pertandingan Akhir Terengganu – ExxonMobil 2024 Peringkat Negeri Terengganu. Syabas diucapkan kepada semua ahli pasukan atas usaha keras dan pencapaian cemerlang yang diperoleh.
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa bimbingan dan dedikasi para guru yang sentiasa komited dalam membimbing para pelajar. Terima kasih kepada Cikgu Fatimah Nadia, Cikgu Wahida, Cikgu Aliff, Cikgu Mohd Noor, dan Cikgu Saifuddin atas usaha gigih dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.
Anugerah kemenangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Jelani Sulong, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, dalam satu majlis penuh bermakna. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.