Jamuan Berbuka Puasa Peringkat Sekolah
Pada hari Rabu 6 Jun 2018 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1439 telah diadakan suatu majlis berbuka puasa peringkat sekolah. Antara tetamu yang hadir pada hari itu ialah Pengetua, guru GPK Pentadbiran, guru GPK Hem, guru GPK Koko, wakil JPNT, wakil PIBG, Wakil polis dan semua guru-guru bersama dengan keluarga masing-masing. Selain itu, pelbagai juadah turut dihidang termasuk kuih-muih beserta dengan lauk pauk dan juga banyak lagi aneka juadah yang telah dihidang serta terdapat juga para tetamu yang secara sukarela membawa juadah dari rumah atau dari ba’azar ramadhan semata-mata untuk menambahkan lagi citarasa aneka juadah berbuka puasa pada petang tersebut. Selain guru-guru terdapat juga staf sokongan yang hadir termasuk pekerja swasta yang turut bersama menyumbang tenaga dalam menjayakan sambutan jamuan berbuka puasa pada petang hari tersebut. Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara warga sekolah.