Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2012

0

kolos

14 Jun 2012, Khamis – Setiap tahun pasti akan diadakan hari guru peringkat daerah. Tahun ini giliran SMK Jambu Bongkok menjadi tuan rumah. Sambutan hari guru tahun ini telah dirasmikan oleh YB. Yahya b Khatib. Terdapat beberapa persembahan yang menarik pada pandangan mata admin. Antaranya ialah Paluan gong daripada pelajar SRJK (C) Chong Hwa Wakaf Tapai, persembahan koir guru-guru SMK Tengku Lela Segara, serta persembahan puisi oleh pelajar. Antara beberapa anugerah yang berjaya diperolehi oleh SMKADG pada hari guru tahun ini ialah

Anugerah Sekolah Cemerlang PMR 2011
Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2011
Anugerah Sekolah Cemerlang STPM 2011
Anugerah Pengurusan ICT Terbaik
Anugerah Pengurusan Laman Web  Terbaik

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKADG!

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *