HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

0

https://i0.wp.com/s3.postimg.org/3xtfhxmdf/gulai.jpg?w=640

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Hari Anugerah Kecemerlang 2012 SMKADG telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2013/Sabtu di Dewan Ibnu Khaldun. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan perarakan oleh tetamu terhormat, tetamu jemputan, barisan pentadbir dan diiringi oleh paluan kompang daripada pasukan kompang sekolah. Sepanjang perarakan tersebut, pelajar-pelajar sekolah berada di sebelah kiri dan kanan laluan perarakan. Semua hadirin berdiri semasa perarakan masuk tetamu terhormat keDewan Ibnu Khaldun  & diiringi oleh musik gamelan. Bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Abu Bakar bagi merahmati majlis. Majlis diteruskan dengan acara berikut:

– Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Shafie Bin Hassan

– Ucapan Tuan Pengetua, Hajjah Kamariah Bt Ali

– Ucapan Perasmian oleh tetamu terhormat, En. Zakaria (Wakil Ketua Sektor Pendidikan Islam)

– Persembahan Nasyid

– Penyerahan Anugerah PMR kepada 50 orang pelajar yang mendapat 9A

– Penyerahan Anugerah STPM Terminal dan Modular

– Anugerah Kepada matapelajaran yang meningkat

– Anugerah Tokoh Pelajar 2012 oleh tetamu terhormat.

– Puan pengetua menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM, Haji Abdullah Mat Din

– Majlis bersurai jam 1.30Tgh

Selesai Majlis Jemputan dan warga sekolah dijemput menikmati hidangan yang disediakan. Hidangan ini dimasak oleh para guru SMKADG

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *