Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan (KPM) 2025
*Umairah Aqilah binti Mohd Yamin*, pelajar SMKA Durian Guling, telah mengharumkan nama sekolah apabila berjaya meraih *Tempat Ke-3* dalam *Pertandingan Khat Kategori Perempuan* sempena Festival Nasyid Dan Khat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan (KPM) Peringkat Negeri Terengganu 2025*.
Pertandingan berlangsung pada *16 Jun 2025* di *SMK Pengkalan Berangan*, menghimpunkan peserta-peserta berbakat dari seluruh negeri. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil jabatan pendidikan negeri bersama barisan pentadbir sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan *tahniah dan syabas* atas kejayaan cemerlang ini. Semoga Umairah terus melakar kejayaan dalam bidang seni khat serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain.
*SMKA Durian Guling terus unggul dalam sahsiah dan seni Islam.*