SMKA DURIAN GULING, MARANG

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

(Kuatkuasa 1 Januari 2013)

BAHAGIAN I DASAR PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN

1.0 Ketua Panitia Matapelajaran

1.1 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki menyiapkan Rancangan Pelajaran Tahunan matapelajaran masingmasing bagi setiap tingkatan sebelum sesi persekolahan baru bermula dan mengedarkan kepada semua guru panitia masingmasing pada hari pertama sesi persekolahan baru.

1.2 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengadakan sekurangkurangnya empat kali mesyuarat panitia dalam satu tahun persekolahan dan menyerahkan minit mesyuarat panitia kepada Pengetua dan PK Pentabiran.

1.3 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini maklumat

diri guruguru panitia masingmasing selewatlewatnya dua minggu

selepas sesi persekolahan baru bermula.

1.4 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengumpul jadual waktu persendirian guruguru panitia masingmasing selewatlewatnya dua minggu selepas sesi persekolahan baru bermula. Satu salinan jadual waktu persendirian guruguru panitia mesti diserahkan kepada Guru Kanan Matapelajaran masingmasing.

1.5 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan agihan tugas menggubal soalan untuk penilaian dan peperiksaan dalam satu tahun persekolahan pada mesyuarat panita kali pertama. Satu salinan agihan tugas menggubal soalansoalan penilaian dan peperiksaan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan matapelajaran masingmasing selewatlewatnya seminggu selepas mesyuarat panitia kali pertama diadakan.

1.6 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti persatuan akademik. Cadangan aktiviti persatuan akademik mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali pertama. Pengetua boleh mengarahkan guruguru panitia dari semasa ke semasa untuk membantu dalam menjayakan pelaksanaan aktiviti persatuan akademik.

1.7 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Program Peningkatan Prestasi Mata pelajaran pada mesyuarat panitia kali pertama dan menggunakan 5P dalam pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran. Keberkesanan dan penambahbaikan Program Peningkatan Prestasi Matapelajaran perlu dibincangkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kurikulum sekolah dan Mesyuarat Panitia Matapelajaran.

1.8 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Sasaran Kerja Bertulis Tahunan (iaitu, bilangan buku latihan, bilangan buku nota serta jumlah dan jenis latihan) bersama guru- guru panitia pada mesyuarat panitia kali pertama.

1.9 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengemaskini stok bahan bantu mengajar selewat- lewatnya hari terakhir sesi persekolahan. Satu senarai bahan bantu mengajar mesti

diedarkan kepada semua guru panitia masingmasing pada mesyuarat panitia kali pertama. Lampiran Bahan Bantu Mengajar mestilah dimasukkan dalam Dokumen Perancangan Panitia.

1.10 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki mengendalikan sekurangkurangnya satu sesi kursus dalaman untuk guruguru panitia masingmasing sekurang-kurangnya sekali setahun. Jika ada guru matapelajaran yang menghadiri kursus anjuran pihak luar seperti JPNT dan KPM,

guru berkenaan wajib membantu Ketua Panitia dalam pengendalian kursus dalaman panitia.

1.11 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab memantau Kajian Tindakan yang dijalankan oleh guru panitia matapelajaran dan memastikan satu Inovasi dibuat, sekurang-kurangnya satu inovasi untuk setahun.

1.12 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab menyediakan postmortem matapelajaran untuk setiap peperiksaan dan membentangkan pada mesyuarat postmortem dalam JKS.

1.13 Ketua Panitia Matapelajaran bertanggungjawab melantik guru panitia yang bersesuaian untuk menjadi Setiausaha Mesyuarat Post Mortem Keputusan Peperiksaan apabila tiba giliran panitia matapelajaran tersebut untuk mencatat minit mesyuarat. Semua minit mesyuarat bertaip mesti diserahkan kepada PK Pentadbiran dalam tempoh satu minggu selepas hari mesyuarat.

1.14 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki membincangkan Anggaran Belanjawan Panitia dalam mesyuarat panitia akhir tahun untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan pertama tahun berikutnya. Satu salinan Anggaran Belanjawan Panitia yang diluluskan oleh Pengetua mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran sebelum sesi persekolahan baru bermula.

1.15 Ketua Panitia Matapelajaran dikehendaki sentiasa mengemaskini semua fail panitia masingmasing dari semasa ke semasa. Pengetua boleh mengarahkan Ketua Panitia untuk menyelesaikan kerja mengemaskini fail panitia sekiranya didapati failfail panitia tidak dikemaskinikan dengan sempurna.


2.0 Semua Guru Matapelajaran

2.1 Semua guru matapelajaran mesti melengkapkan fail rekod mengajar selewat- lewatnya tiga minggu selepas sesi persekolahan baru bermula.

2.2 Pencerapan setiap guru matapelajaran akan dikendalikan sebanyak dua kali setahun oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Matapelajaran dan KetuaKetua Panitia yang berpengalaman(iaitu, mempunyai pengalaman mengajar 8 tahun ke atas) serta Guru Cemerlang.

2.3 Penyemakan buku latihan murid akan dikendalikan sebanyak dua kali

setahun oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan GuruGuru Kanan Matapelajaran.

2.4 Semua guru matapelajaran wajib menghabiskan sukatan pelajaran untuk setiap kelas yang diajar dalam tempoh tahun semasa. Jika perlu, kelas tambahan mesti dikendalikan oleh guru mata pelajaran. Bagi kelas peperiksaan, sukatan pelajaran hendaklah dihabiskan pada bulan Ogos.

2.5 Guru-guru yang menggubal soalan ujian atau peperiksaan perlu menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan tidak dibenarkan menggunakan kaedah potong dan tampal.

2.6 Untuk guru matapelajaran yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi, Bahan Kelas Tanpa Guru mesti disediakan dan diserahkan kepada Guru Kanan Mata pelajaran yang mengurus jadual guru ganti pada hari berkenaan supaya waktu belajar muridmurid dioptimumkan untuk kecemerlangan akademik sekolah.

2.7 Bagi guru yang tidak dapat hadir kerana kecemasan, bahan modul relief

boleh di gunakan. Guru Ganti perlu mendapatkan modul Relief mata pelajaran berkenaan di ruang Bilik Gerakan.

2.8 Semua guru matapelajaran Sains dan Sains Tulen wajib mengendalikan

kelas amali di makmal Sains mengikut jadual waktu makmal yang ditetapkan.

2.9 Semua guru matapelajaran dikehendaki menanda buku latihan murid

secara berkala mengikut kekerapan berikut :

Semua latihan berbentuk esei, struktur , objektif dan lain-lain Dikumpul dan ditanda setiap latihan sebaik sahaja disiapkan oleh murid.

Setelah selesai menanda buku latihan murid, guru matapelajaran mesti menurunkan tandatangan, mencatat tarikh semakan dan memberi peneguhan seperti markah, gred atau ulasan setelah buku latihan murid habis ditanda.


2.10 Semua guru mata pelajaran mesti memastikan semua murid menyediakan indeks di muka surat depan setiap buku latihan yang digunakan oleh murid. Format indeks adalah seperti berikut :

Bil.

Tarikh

Perkara

Tandatangan

Guru

Catatan

BAHAGIAN II – DASAR PENILAIAN & PEPERIKSAAN

1.0 Semua Guru Sewaktu Mengawas Peperiksaan

1.1 Guru pengawas yang diberi waktu kawalan kelas (iaitu, masa senggang sebelum memulakan peperiksaan) wajib masuk ke kelas mengikut jadual waktu masingmasing untuk mengelakkan murid daripada melepak di sekitar sekolah.

1.2 Pada setiap hari peperiksaan, guru pengawas waktu pertama dikehendaki memastikan kelas adalah bersih dan kemas sebelum memulakan peperiksaan.

1.3 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki masuk ke kelas selewatlewatnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula.

1.4 Guru pengawas yang memulakan peperiksaan dikehendaki menulis maklumat peperiksaan (matapelajaran , kod m/p, tempoh masa ) pada papan tulis serta mengisi borang kawalan peperiksaan .

1.5 Guru tidak dibenarkan duduk sepanjang waktu pengawasan.

1.6 Guru tidak dibenarkan memeriksa kertas soalan peperiksaan atau kerja latihan murid atau membaca apa juga bentuk bahan cetakan atau menggunakan telefon bimbit sewaktu mengawasi peperiksaan.

1.7 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki mengutip kertas jawapan murid satu per satu apabila peperiksaan ditamatkan.

1.8 Guru pengawas waktu akhir dikehendaki memastikan bilangan kertas jawapan murid yang dikutip adalah sama dengan bilangan murid yang hadir pada hari tersebut untuk mengelakkan keciciran kertas jawapan murid.

1.9 Guru pengawas waktu akhir wajib melengkapkan borang kawalan peperiksaan dan menyerahkannya sendiri (handtohand)bersama dengan kertas jawapan murid ke dalam kotak yang disediakan di bilik peperiksaan. Guru pemeriksa hendaklah mengambil kertas jawapan pada hari berkenaan.

1.10 Guru Disiplin atau Guru Bertugas dikehendaki membuat rondaan ke tandas murid sebelum peperiksaan bermula dan semasa peperiksaan dijalankan supaya murid tidak menyimpan bahan rujukan di tandas.

2.0 Semua Murid Sewaktu Menduduki Peperiksaan

2.1 Laci meja murid yang telah dikosongkan mesti disusun mengadap ke bahagian depan kelas manakala beg murid mesti diletakkan di bahagian belakang kelas.

2.2 Murid tidak dibenarkan membaca buku semasa peperiksaan sedang dijalankan walaupun telah selesai menjawab kertas peperiksaan.

2.3 Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas semasa peperiksaan kecuali kes kecemasan untuk mengelakkan kes meniru. Murid dikehendaki pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula.

2.4 Murid wajib berada di tempat duduk masingmasing sehingga selesai urusan mengutip dan mengira kertas jawapan murid oleh guru pengawas waktu akhir.

3.0 Penyelewengan Waktu Peperiksaan

3.1 Apabila murid disyaki meniru, tindakan berikut akan diambil:

3.1.1 Guru pengawas menangkap murid meniru sewaktu peperiksaan.

3.1.2 Guru pengawas membuat laporan ringkas berkaitan kes meniru tersebut dan menyerahkan laporan bersama bukti penyelewengan kepada PK HEM.

3.1.3 Guru disiplin menyiasat kes penyelewengan

3.1.4 Jika murid disahkan melakukan penyelewengan,

guru matapelajaran menanda kertas jawapan murid seperti biasa tetapi memberi markah kosong kepada murid berkenaan

perkataan MENIRU akan dipaparkan pada slip peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan


4.0 Murid Tidak Hadir Waktu Peperiksaan

4.1 Murid tidak hadir peperiksaan kerana mewakili sekolah

4.1.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat W dalam slip keputusan peperiksaan . Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda oleh guru matapelajaran tetapi markah murid tidak akan diambilkira dalam pengiraan markah purata.

4.1.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari yang sama tetapi waktu berlainan.

4.2 Murid tidak hadir peperiksaan kerana sakit atau masalah peribadi

4.2.1 Markah murid untuk matapelajaran berkenaan dicatat TH dalam slip keputusan peperiksaan. Kertas soalan akan diberi kepada murid sebagai latihan dan akan ditanda oleh guru matapelajaran tetapi murid akan diberi markah kosong untuk matapelajaran berkenaaan dalam pengiraan markah purata.

4.2.2 Markah murid hanya boleh diambilkira dalam peperiksaan sekiranya peperiksaan untuk matapelajaran berkenaan dapat diatur pada hari yang sama tetapi waktu berlainan.

6.0 Kerja Kursus / Pentaksiran Berasaskan Sekolah

6.1 Penilaian kerja kursus atau pentaksiran berasaskan sekolah harus diulangi oleh guru sehingga murid mendapat gred A dalam matapelajaran berkenaan.

6.2 Bagi PBS Menengah Rendah, semua murid hendaklah diberi bimbingan sehingga mencapai sekurang-kurangnya Band 5 bagi semua mata pelajaran.

7.0 Takwim Penilaian & Peperiksaan

7.1 Semua murid (kecuali murid PraU) wajib menduduki dua penilaian (Feb/Mac & Ogos/September) dan dua peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan PMR/SPM/ STPM) kecuali murid Menengah Rendah menduduki Peperiksaan Akhir Tahun sahaja.

8.0 Penggredan Markah Peperiksaan

Hendaklah mengikut markah dan gred dalam SAPS.

Skala Gred Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3)

Markah

Gred

80

100

A

65

79

B

50

64

C

40

49

D

1

39

E

0

0

TH

Skala Gred Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5)

Markah

Gred

90

100

A+

80

89

A

75

79

A-

70

74

B+

65

69

B

60

64

C+

50

59

C

45

49

D

40

44

E

1

39

G

0

0

TH

SKALA GRED STPM

Markah

Gred

70

100

A (4.00)

60

69

A-(3.67)

56

59

B+(3.33)

53

55

B (3.00)

50

52

B-(2.67)

45

49

C+(2.33)

40

44

C (2.00)

36

39

C-(1.67)

33

35

D+(1.33)

30

32

D (1.00)

0

29

F (0.00)


BAHAGIAN III – DASAR PEMILIHAN PAKEJ MATAPELAJARAN ELEKTIF

1.0 Semua murid PMR SMKA Durian Guling wajib memperoleh Pangkat B Pendidikan Islam,

C dalam Bahasa Arab dan lulus PAFA dalam PMR.

2.0 Bagi murid yang mendapat Pangkat D dalam mata pelajaran Bahasa Arab

diminta membuat rayuan untuk kekal di sekolah ini dan boleh dipertimbangkan jika

ada kekosongan.

3.0 Semua murid yang dipindahkan masuk ke tingkatan empat SMKA Durian Guling

memperoleh 4A termasuk Sains dan Matematik, memperoleh 4B dalam mata

pelajaran lain dan C dalam Bahasa Arab.

4.0 Kemasukan murid ke kelas menengah rendah mengikut matapelajaran pilihan Kemahiran Hidup

(Kemahiran Manipulatif Teknikal atau Perdagangan & Keusahawanan adalah

tertakluk kekosongan tempat dalam kelaskelas berkenaan.


SMKA DURIAN GULING

PANDUAN PEMILIHAN

PENERIMA ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK

Bil.

Jenis Anugerah

Catatan (Kriteria / Syaratsyarat/ Dll)

1.0

1.1

KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN SEKOLAH

Anugerah Pengetua kpd Murid

1.1.1 Anugerah Emas

1.1.2 Anugerah Perak

1.1.3 Augerah Gangsa

Berdasarkan keputusan

Peperiksaan Pertengahan Tahun / Peperiksaan Akhir Tahun /

Peperiksaan Percubaan PMR/SPM / STPM :

Dianugerahkan Sijil Anugerah Emas kepada murid terbaik bagi setiap tingkatan yang telah mencapai minimum NGPK 3.4 peperiksaan praU ,9A dalam peperiksaan menengah atas dan 9A dalam peperiksaan menengah rendah

Jemputan ke Jamuan Makan Bersama Pengetua

Dianugerahkan Sijil Anugerah Perak kepada murid- murid bagi setiap tingkatan yang telah memperoleh:

Tingkatan 3 5A dan 6A

Tingkatan 4 dan 5 6A hingga 8A

PraU NGPK 3.00 ke atas

Dianugerahkan kepada murid-murid yang telah melonjak dalam peperiksaan melebihi pencapaian sebelumnya setelah diputuskan oleh panel penilai.

Dianugerahkan kepada murid terbaik bagi setiap kelas.

2.0

2.1

ANUGERAH MAJLIS KECEMERLANGAN AKADEMIK

Anugerah Pengetua kpd Panitia

2.1.1 Anugerah Emas

2.1.2 Anugerah Perak

2.1.3 Anugerah Gangsa

Berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR/SPM /STPM:

Dianugerahkan kepada guruguru matapelajaran yang telah menghasilkan pencapaian minimum 80% gred A dalam PMR atau 80% gred A dalam SPM(m/p teras) atau 40% gred A dalam SPM(m/p elektif) atau 40% gred A dalam STPM

Dianugerahkan kepada guruguru mata pelajaran yang telah menghasilkan pencapaian minimum 70% gred A dalam SPM(m/p teras) atau 30% gred A dalam SPM(m/p elektif) atau 30% gred A dalam STPM

Dianugerahkan kepada guruguru mata pelajaran yang telah menghasilkan pencapaian minimum 60% gred A dalam SPM(m/p teras) atau 30% gred A dalam SPM(m/p elektif) atau 20% gred A dalam STPM


BIL.

JENIS ANUGERAH

CATATAN (KRITERIA/SYARAT-SYARAT/DLL

2.3

Anugerah Cemerlang Dalam

Peperiksaan Awam

2.2.1 Anugerah Cemerlang PMR

2.2.2 Anugerah Cemerlang SPM

2.2.3 Anugerah Cemerlang STPM

Berdasarkan keputusan

Peperiksaan PMR / SPM/ STPM:

Dianugerahkan kepada muridmurid yang telah mencapai keputusan Straight As dalam peperiksaan PMR

Dianugerahkan kepada muridmurid yang telah memperoleh sekurangkurangnya 7A dalam peperiksaan SPM

Dianugerahkan kepada muridmurid yang telah memperoleh CGPA minimum 3.30

2.4

2.5

Anugerah Khas Majlis Anugerah

Kecemerlangan Akademik

2.3.1 Anugerah Tokoh Pelajar Shafie’

2.3.2 Anugerah Tokoh Ibu bapa

2.3.3 Anugerah Alumni Shafie

Cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

Berdisiplin, bertanggungjawab, berketrampilan dan penampilan imej yang terpuji

Menjadi suri teladan (role model) kepada murid lain.

Anugerah khas sekolah untuk menghargai jasa ibubapa kepada murid yang memenangi Anugerah Tokoh

Pelajar Shafie

Anugerah khas diberi oleh Alumni SMKA Durian Guling kepada murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta mempunyai sahsiah terpuji agar semua murid sekolah terdorong untuk terus berusaha demi menjaga nama baik dan imej sekolah.

Akan diberi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKA Durian Guling tahun berkenaan mengikut kesesuaian penyertaan dan diputuskan oleh panel penilai.

Muat Turun Untuk Dicetak

https://i0.wp.com/s11.postimg.org/4w1ntq9yr/download.gif?resize=430%2C172

 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *