DASAR KOKURIKULUM SMKADG
SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU
KETETAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
(Kuatkuasa 1 Januari 2019)
PRINSIP PELAKSANAAN
- Setiap pelajar sekolah ini wajib menyertai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu:
- i) Persatuan dan Kelab
- ii) Pasukan Beruniform
iii) Pasukan Permainan dan Sukan
- Aktiviti persatuan dan kelab serta unit badan beruniform akan diadakan pada setiap hari SELASA dari jam 1.30 hingga 4.30 petang mengikut jadual aktiviti tahunan.
- Aktiviti kelab sukan dan permainan 1M1S akan diadakan setiap hari RABU dari jam 3.00 hingga 4.30 petang.(selang seli dengan 1M1S di asrama)
- Pelajar boleh memilih kelab atau persatuan, permainan dan sukan serta pasukan badan beruniform mengikut peraturan yang ditetapkan oleh penyelaras ketiga-tiga unit ini.
- Keahlian pelajar dalam ketiga-tiga unit mesti dilaporkan dan dicatat oleh guru penasihat dalam Buku Rekod aktiviti Kokurikulum. (akan diedarkan kepada Kelab persatuan/ BadanUniform/ Kelab Permainan dan Sukan).
- Sedikit dokumentasi mesti dibuat dengan menampal gambar aktiviti di dalam buku aktiviti.
- Jangan lupa membuat catatan di dalam buku laporan aktiviti untuk KBAT di dalam aktiviti koko dan PIkeBM yang dilaksanakan.
- Sebagai sebuah model KBAT satu projek satu murid perlu dirancang.
- Setiap pelajar wajib ada buku log masing masing.
TANGGUNG JAWAB UNDANG-UNDANG
Akta Undang-undang Sivil, guru-guru penasihat perlu mematuhi perkara-perkara berikut:
- Melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut rancangan serta peraturan.
- Memastikan aktiviti tidak membawa kecederaan kepada pelajar.
- Memastikan alatan dan kemudahan tempat menjalankan aktiviti adalah selamat dan sesuai.
- Memberi arahan dengan jelas dan mengawas semua peserta supaya mematuhi arahan.
- Elakkan menimbulkan sebarang kekasaran yang mungkin membawa kecederaan.
- Mendapat kebenaran ibu bapa/mengedarkan borang kebenaran ibubapa sekiranya aktiviti kokurikulum dijalankan di luar kawasan sekolah.
- Elakkan mengarah pelajar melakukan aktiviti yang bertentangan dengan agama dan kebudayaan.
- Tidak mengarahkan pelajar melakukan aktiviti yang di luar kemampuannya sehingga menjejaskan kesihatannya.
- Memastikan aktiviti yang dijalankan tidak akan menimbulkan gangguan awam.
- Bantuan kecemasan harus disediakan bila-bila masa diperlukan.
TUNTUTAN PELBAGAI PEMBAYARAN
- Sebarang tuntutan bagi membiayai pelbagai aktiviti kokurikulum hendaklah dibuat terus kepada Ketua Pembantu Tadbir sekolah setelah disahkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
- Guru-guru diminta membuat tuntutan seawal yang mungkin atau sebaik selesai sesuatu aktiviti.
- Tuntutan mestilah lengkap dengan borang tuntutan yang disertai beberapa dokumen sokongan iaitu:
- Borang Permohonan Peruntukan Pelbagai Aktiviti.
- Borang senarai nama pelajar yang terlibat lengkap dengan tanda tangan mereka.
- Surat pangilan untuk menjalankan aktiviti daripada pihak penganjur.
- Resit rasmi pelbagai bayaran yang telah dibuat.
- Kertas kerja tentang projek yang dijalankan ( kalau ada).
PEMBERIAN WANG SAKU KEPADA PESERTA SUKAN /KOKURIKULUM
- Pemberian wang saku kepada murid hanya diberikan dengan kadar yang munasabah bagi tujuan makan minum mengikut bilangan hari/kepala.
- Perlu dilampirkan dokumen lengkap :
- Nama peserta dan tandatangan
- Surat pertandingan atau yang berkaitan.
- Serahkan kepada PKKO.
PERATURAN PEMAKAIAN UNIFORM HARI SELASA
- Guru dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap mengikut pelantikan sebagai guru penasihat unit uniform berkenaan.
- Pelajar dikehendaki memakai uniform lengkap (skarf,butang,lencana dan yang berkaitan dengan unit uniform masing masing )semasa mengikuti aktiviti perkhemahan, kawad kaki dan lain-lain aktiviti rasmi badan beruniform
- Walaubagaimanapun pelajar dibolehkan memakai separuh lengkap pada sesi pagi semasa berlangsung p & p untuk keselesaan pelajar.
PERATURAN PEMAKAIAN 1M1S hari Rabu
- Pemakaian untuk 1M1S setiap hari rabu bermula dari pagi.
- Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian sukan semasa perjumpaan aktiviti sukan 1M1S (Hari Rabu 2 kali sebulan).
- Pakaian pelajar lelaki ialah t shirt sukan sekolah dan seluar sukan panjang serta berkasut.
- Pakaian pelajar perempuan ialah t shirt sukan sekolah, seluar sukan berwarna gelap dan bertudung labuh.
PERATURAN PELAKSANAAN AKTIVITI PADA HARI SELASA (hari kokurikulum)
- Semua guru penasihat kelab/persatuan/unit kokurikulum dan sukan akan terlibat pada hari berkenaan dan tiada sistem giliran bertugas.
- Sebarang pelepasan mestilah dengan kebenaran pengetua.
- Latihan pemilihan dan intensif sebarang pasukan atau individu tidak dibenarkan diadakan pada waktu p& p kecuali dengan kebenaran pengetua.
- Tidak dibenarkan sebarang aktiviti lain dirancang dan dijalankan semasa waktu aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan kerana semua guru dan pelajar mestilah terlibat sepenuhnya dengan aktiviti kokurikulum.
PEMBERIAN SIJIL DAN ANUGERAH
- Sijil Penyertaan
- Wakil sekolah, sekurang-kurangnya kepusingan suku akhir dalam sebarang pertandingan.
- Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
- Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing.
- Sijil Penghargaan
- Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat cemerlang kepada kelab dan persatuan.
- Berkebolehan dalam pengurusan aktiviti mingguan atauprojek khas .
- Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab danpenampilan imej yang terpuji.
- Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing.
- Sijil Kepujian
- Memperolehi pencapaian pada peringkat daerah sekurang kurangnya tempat ketiga seterusnya mewakili ke peringkat negeri.
- Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
- Murid yang mempunyai rekod salah laku berat dikira tidak layak manakala yang mempunyai rekod salahlaku sederhana boleh dipertimbangkan dengan kata putus ditentukan oleh pengetua.
- Sijil Cemerlang
- Memperolehi pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat ketiga di peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke peringkat kebangsaan ATAU mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
- Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
- Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum dan Sukan
- BadanBeruniform
- Sukan/Permainan
- Persatuan/Kelab
- Peringkat penglibatan tertinggi dalam kategori berkenaan
- Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.
- Pengurusan pasukan dan rekod pencapaian yang lengkap.
- Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum/Olahragawan/ Olahragawati
- Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan dan mengikut kesesuaian semasa.
- Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan imej yang terpuji.
- Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum dan Sukan(Guru Ikon)
- Peringkat penglibatan / pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum (Kebangsaan dan antarabangsa)
- Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.
- Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah memberi khidmat cemerlang kepada pembangunan bidang kokurikulum dan sukan di sekolah secara berterusan.
- Anugerah As Shafie
Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Antarabangsa.
- Anugerah Emas
Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Kebangsaan .
- Anugerah Perak
Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Negeri .
- Anugerah Gangsa
Guru penasihat atau jurulatih yang telah membimbing pasukan muncul johan Peringkat Daerah.