DASAR HEM SMKADG
SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU
KETETAPAN HAL EHWAL MURID
(Kuatkuasa 1.1.2019)
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid adalah satu proses pengendalian sumber sama ada manusia dan fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Pada waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam institusi sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan masyarakat.
Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMKA Durian Guling melibatkan beberapa unit atau jawatankuasa penting di bawahnya iaitu :
- SAHSIAH
- Jawatankuasa SUMUR
- Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
- Jawatankuasa Lembaga Disiplin
- Jawatankuasa Buku Kawalan Kelas
- Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian
- Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan
- Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
- Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah
- Jawatankuasa Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
- Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar
- Jawatankuasa Maklumat Murid (SMM) & APDM
- Jawatankuasa Program Skim Lencana Anti Dadah/SLAD
- Jawatankuasa Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
- Jawatankuasa RIMUP
- Kehadiran Murid
- KEBAJIKAN
- Jawatankuasa Biasiswa
- Jawatankuasa KWAPM
- Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
- Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan
- Jawatankuasa Denggi
- Jawatankuasa Siaraya
- Jawatankuasa 3K Sekolah
- Jawatankuasa Kantin Sekolah
- BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Jawatankuasa Kad Maklumat Murid/Kad 001
- Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
- Jawatankuasa Sekolah Selamat
- ASRAMA
- Jawatankuasa Pengurusan Penghuni Asrama
- Jawatankuasa Lujnah/Biro Asrama
- Pengurusan & Pentadbiran
- Penjanaan Kejayaan Akademik
- Pembangunan Sahsiah & Disiplin
- Penjanaan Kejayaan Kokurikulum & Sukan
- IKLIM
- Jawatankuasa Pengurusan Surau
- Jawatankuasa Pembangunan Fizikal
- Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Mesyuarat
- Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dewan
- Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Tandas
- Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Darjah
- Jawatankuasa Pengurusan bilik Guru
- Jawatankuasa Pengurusan Kantin
- Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik-Bilik Khas
- Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
- Jawatankuasa 3K Sekolah
2.0 PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR
2.1 Setiap jawatankuasa harus memiliki tiga (3) fail utama yang sentiasa
dikemaskini :-
Fail |
Bahagian |
Kandungan |
01 |
A |
Carta Organisasi |
Senarai Ahli Jawatankuasa |
||
Biodata Guru |
||
B |
Surat Pekeliling / Siaran |
|
Surat Masuk |
||
Surat Keluar |
||
02 |
A |
Surat Panggilan Mesyuarat |
Salinan Minit Mesyuarat |
||
Perancangan Aktiviti Jawatankuasa |
||
03 |
A |
Pelan Strategik,Taktikal,Operasi |
B |
Laporan Aktiviti Jawatankuasa |
|
Rekod Pelajar (jika berkaitan) |
2.2 Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin yang telah
ditetapkan atau bila-bila masa dirasakan perlu.
Agenda yang perlu dibincangkan.
- Ucapan Pengurusi / Pentadbir
- Maklum balas
- Perbincangan program yang sedang dan akan dilaksanakan
- Laporan / Kajian Aktiviti
- Aktiviti Jawatankuasa
- Belanjawan Jawatankuasa
- Isu-isu semasa
- Hal-hal lain
2.3 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan selewat-lewatnya DUA hari
sebelum tarikh mesyuarat dijalankan
2.3.1. Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi :
- Nombor rujukan fail
- Tarikh
- Masa
- Tempat
- Agenda mesyuarat
- Salinan hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua dan Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Mata pelajaran & ahli mesyuarat
3.0 DISIPLIN MURID
- Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan
murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
- Guru-guru hendaklah mengambil tindakan mengikut Tatacara Pengendalian
Disiplin Sekolah , dan Buku Peraturan Sekolah jika mereka dapati seseorang
murid itu melakukan kesalahan disiplin.(Rujuk Buku Modus Operandi Disiplin )
- Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang diberi surat kuasa
merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan murid. Murid perempuan tidak boleh
dirotan.
- Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan prosedur disiplin
diikuti dan perkara ini berlaku dalam makluman Pengetua.
- Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru hendaklah memberi
peluang kepada murid itu untuk membela diri dan menentukan sama ada sesuatu
kesalahan itu dilakukan dengan sengaja atau tidak.
- Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan
mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini
bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman
dengan rela hati.
- Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid
3.1.1 KETETAPAN UMUM DISIPLIN
Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan Asrama .- Setiap murid wajib memiliki buku catatan komunikasi dan wajib dibawa
bersama sewaktu perhimpunan Rasmi .
- Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan
dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dari masa ke semasa.
3.1.2 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
1. Pemeriksaan Gempar/spot check boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke
atas murid semasa berada di dalam bilik kelas atau tapak perhimpunan atas
arahan pihak pentadbir.
2. Guru disiplin/guru bertugas mingguan bersama guru tingkatan atau guru mata
pelajaran dengan bantuan pengawas menjalankan ‘spot check’ dengan
disaksikan oleh murid berkenaan.
- Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh
AJK Disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku .
- Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM.
5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik
oleh ibu bapa/penjaga murid apabila dijemput berjumpa dengan Pengetua/PK
HEM. Barangan yang sama yang diambil untuk kali kedua akan diserahkan
kembali pada minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. Barangan yang tidak
dituntut akan dilupuskan selepas satu tahun.
- Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali setahun iaitu minggu
akhir sebelum cuti akhir tahun.
- Semua bahan larangan seperti telefon bimbit, kamera digital, komputer riba boleh
bawa ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.
8. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-
murid.
3.1.3 Kaedah Mengatasi Disiplin
- Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
– Semua guru
– kelas-kelas (untuk tampal)
– Bilik-bilik khas - Guru mata pelajaran/guru kelas merekod kesalahan murid dalam buku kawalan
kelas ( BKK)
– Guru penyelaras BKK akan kumpulkan salah laku murid
– Guru penyelaras BKK membawa kes kepada AJK Disiplin yang berkenaan
untuk diambil tindakan seterusnya mengikut Tatacara Pengendalian Disiplin.
- Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
– Kedatangan penuh – 2 kali setahun
– Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh
guru penyelaras)
- Sijil kehadiran penuh
– pelajar yang hadir penuh akan di beri sijil penghargaan pada HARI
ANUGERAH HEM setiap akhir tahun .
3.1.4 Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian
Perhimpunan Rasmi dua minggu sekali diuruskan oleh Jawatankuasa
Perhimpunan Rasmi & guru bertugas mingguan (Tertakluk kepada perubahan)
2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas Mingguan
- Jawatankuasa yang bertugas akan mencatat dalam Buku Rekod Perhimpunan
Rasmi & Pengawas bertugas mencatat dalam Buku Rekod perrhimpunan Harian
- Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan Komunikasi semasa
Perhimpunan Rasmi .
5. Semua guru diwajibkan hadir Perhimpunan Rasmi dan berada di atas pentas
kecuali guru yang bertugas.
- Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan nyanyian lagu Negaraku,
lagu selamat sultan, lagu sekolah dan asma’ al-husna diketuai oleh sekumpulan
pelajar /pengawas yang telah dibentuk oleh Ketua guru disiplin.
- Semua kumpulan Pengurusan SMKADG memasuki dewan setelah semua guru
dan pelajar berada di dalam dewan dengan iringan selawat. Kemasukan
Kumpulan Pengurusan SMKADG diumumkan oleh Pengacara Majlis dalam tiga
bahasa ( BM,BI,BA)
- Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan
sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar
daripada berada di perhimpunan tersebut.
9. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dewan semasa perhimpunan sedang
berjalan kecuali dengan kebenaran guru.
- Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada
di belakang podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip
dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan kepada Ketua AJK
Perhimpunan.
- Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan teks ucapan Pengacara
Majlis dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa
Arab.
12. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya
murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali Buku Catatan
Komunikasi
3.1.5 Aturcara Perhimpunan Rasmi :
- Ucapan Pengacara Perhimpunan
– Lagu NegaraKu
– Lagu Negeri Terengganu ( Selamat Sultan )
– Lagu Sekolah ( Belajar Berjasa )
– Asma’ al-Husna
– Ikrar Pelajar
- Ucapan Guru Bertugas Mingguan
iii Ucapan Guru lain ( Jika ada )
( mohon maklumkan kepada Ketua Perhimpunan Rasmi )
- Ucapan Guru Penolong Kanan / GKMP
- Ucapan Pengetua
vi Penyampaian hadiah ( jika ada )
- Pengumuman
- Bacaan doa
- Bersurai
Nota : 1. Laporan guru bertugas menggunakan power point
- pihak yang berhasrat untuk membuat penyampaian hadiah sewaktu
perhimpunan rasmi hendaklah memaklumkan lebih awal kepada
JK perhimpunan .
4.0 KETETAPAN AM PENGURUSAN DISIPLIN
4.1 Ponteng Sekolah
- Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
- Guru Tingkatan hendaklah menandakan ‘O’ dalam APDM.
- Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah
seperti berikut :
PONTENG BERTERUSAN
Amaran 1 – (3 hari)
Amaran 2 – ( 3 + 7 = 10 hari )
Amaran Akhir – (10 + 17 = 27 hari )
Buang Sekolah – (17 + 14 = 31 hari)
Bilangan Hari – 31 hari
PONTENG TIDAK BERTERUSAN
Amaran 1 – ( 10 hari )
Amaran 2 – ( 10 + 10 = 20 hari )
Amaran Akhir – ( 20 + 20 = 40 hari )
Buang Sekolah – ( 40 + 20 = 60 hari )
Bilangan Hari – 60 hari
- Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam
borang Rekod Ponteng Sekolah (RPS). Rekod hantaran surat kepada ibu
bapa/penjaga hendaklah disimpan di dalam fail kelas.
- Semua surat amaran surat dan buang sekolah hendaklah dicetak daripada
sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
- Surat Amaran 1, 2 dan Akhir mesti diisi dalam 4 salinan bersama dengan
surat Jawapan Penjaga dan ditandatangani oleh :
Amaran 1 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran 2 Ditandatangani oleh Guru Kelas
Amaran Akhir Ditandatangani oleh GPK.HEM
Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga)
Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku
di bilik Disiplin)
Salinan 3 (untuk GPK.HEM )
Salinan 4 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Tingkatan)
- Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada
PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan
Akhir (daripada fail kelas GuruTingkatan), dan surat UBK.
- Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,
peraturan berikut hendaklah dipatuhi :
- Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan
daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan guru
kelas..
- Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan
daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM
terlebih dahulu.
- Selepas surat Amaran Akhir, murid mestilah datang ke sekolah bersama
Ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Pengetua. Murid hanya
dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati dengan jaminan
yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.
- Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula( jika sudah dibuang
sekolah) setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak Pendaftar
Sekolah di JPNT.
4.1.2 Ponteng Kelas
Kali 1 · Catat nama dalam borang salah laku dan surat amaran dihantar
Kepada Ibubapa/penjaga
· Nama direkod dalam buku salah laku murid
Kali 2 · Panggil Ibubapa/penjaga dan diserahkan kepada Kaunselor
· Nama direkod dalam buku salah laku murid
Kali 3 · Rotan 1 kali
Berikutnya – Rotan 2 kali / gantung
5.0 KETETAPAN PAKAIAN
- Semua pelajar dikehendaki memakai uniform sekolah yang lengkap pada
setiap hari Ahad.
- Semua Anggota Majlis Perwakilan Pelajar mesti memakai uniform lengkap
pada setiap hari Ahad.
- Semua pelajar dikehendaki memakai pakai Pendidikan Jasmani yang
ditetapkan oleh pihak sekolah (warna pink) pada hari yang ada PJK, bermula
dari pagi hari.
- Setiap hari Selasa semua pelajar mesti memakai pakaian unit beruniform yang
lengkap, mengikut unit yang mereka anggotai.
- Semua pelajar hendaklah memakai baju 1M1S yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah pada setiap hari Rabu.
- Semua pelajar hendaklah memakai baju batik (asrama/harian) pada setiap hari
Khamis.
- Pakaian semasa mengikuti kelas tambahan atau kem pada hujung minggu
seperti berikut;
- a) Khamis Baju batik
- b) Jumaat baju PJK
- c) Sabtu baju sekolah
- Pakaian semasa mengikut rombongan atau lawatan ke luar, mestilah
bersesuaian dengan taraf SMKA. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju ‘T’
tidak berkolar dan mencolok mata. Pakaian yang dikenakan mestilah menutup
aurat. Sebarang jenis ‘jeans’ adalah dilarang.
- Semasa mengambil keputusan peperiksaan pelajar-pelajar hendak memakai
pakaian mengikut ketetapan berikut;
- Pelajar lepasan SPM dan STPM yang akan mengambil keputusan hendaklah
memakai pakaian yang sopan. Pelajar perempuan hendaklah berbaju kurung
dan berkasut serta menutup aurat. Pelajar lelaki perlu memakai baju kemeja,
berkasut dan tidak dibenarkan memakai sebarang jenis seluar ‘jeans’
6.0 KETETAPAN AM PENGURUSAN KELAS
- Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) mesti ada setiap kelas
- Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan sebelum akhir bulan
pertama (Januari) persekolahan. Buku ini hendaklah dikemaskini dari
masa ke semasa.
3.Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan oleh guru kelas (sekiranya
guru kelas tidak hadir sekolah penyelaras tingkatan berkenaan akan
mengambil alih tugas tersebut ) sebelum pukul 9.00 pagi ( selewat lewatnya
satu jam sesudah kelas bermula)* Sila ambil perhatian terhadap murid
yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas
dua (2) jam masih dikira hadir ke sekolah. ( ditulis lewat (L) )
Tandakan BJKM seperti berikut:
- Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
ii. Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
iii. Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir
bersebab. (surat pengesahan daripada ibubapa/penjaga
atau sijil sakit).
- Tandakan “K” bagi murid yang tidak hadir bersebab yang
telah diberi kebenaran oleh Pengetua
v. Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat
(dikira hadir).
Vi. Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili
sekolah (dikira hadir).
Vii. Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan (dikira tidak hadir)
- Hari kelepasan hendaklah ditanda dengan satu garisan lurus panjang
sepanjang-panjang ruang itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah
ditulis “Cuti” melintang.
- Nama pelajar yang ada tertulis dalam BJKM pada hujung sesuatu bulan,
mestilah ditulis semula di dalam BJKM bagi bulan berikutnya kecuali
seorang murid itu berhenti / bertukar dan mesti disahkan oleh Pengetua.
- Guru kelas hendaklah mendaftar masuk / kemaskini pelajar dalam APDM
dari masa ke semasa.
- Guru kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan
dan keselamatan BJKM. Cecair pemadam tidak dibenarkan sama sekali.
Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas dan
ditulis yang betul di atasnya.
- Gunakan pen dakwat hitam, mata bulat , nama murid huruf besar dan
pelajar tidak dibenarkan menanda BJKM.
- Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di rak pejabat sekolah dan tidak
boleh dibawa keluar daripada pejabat sekolah kecuali dengan kebenaran
- BJKM hendaklah ditutup /dikunci setiap akhir bulan, sekiranya tiada guru
kelas, penyelaras tingkatan berkenaan mengambil alih tugas tersebut.
Menanda / Key in Kehadiran Pelajar
- Guru kelas hendaklah memastikan Ketua Kelas & Penolong Ketua kelas
menanda kehadiran pelajar setiap hari persekolahan selepas perhimpunan
Rasmi / Harian di dalam Buku Rekod Kehadiran Pelajar.
- Guru Kelas @ Penyelaras Tingkatan ( jika guru tidak hadir ) hendaklah
” key in” kehadiran pelajar sebelum pukul 9.00 pg setiap hari persekolahan.
Akan dibantu oleh Pn Noriah
Buku Kawalan Kelas (BKK)
- Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK
setiap hari
- BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan
kepada guru yang masuk kelas pada setiap waktu.
- Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada
masa tersebut.
- Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas /
ponteng kelas semasa guru mengajar.
5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih
dan teratur sebelum menandatangani BKK.
- Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil
tindakan oleh guru semasa. Hanya kes-kes berat sahaja perlu catatkan
dalam BKK untuk tindakan Penyelaras Tingkatan dan AJK Disiplin yang
berkenaan pada keesokan harinya. Jika kes berat yang memerlukan
tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada
Penyelaras BKK / AJK Disiplin yang berkenaan.
- Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan hendaklah menghantar BKK
ke pejabat (depan bilik GKMP ) setiap hari Selasa sebelum solat zohor &
mengambil semula pada pagi hari Rabu keesokan harinya.
- Penyelaras Tingkatan akan menyemak BKK setiap hari Selasa dan
menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada keesokannya
kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
- Guru Kelas/Ketua Kelas hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna
mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PK HEM pada
setiap akhir Penggal 1 & 2.
Fail Peribadi Pelajar
Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam wajib
mempunyai fail ini.
2. Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis
pada helaian muka depan fail.
3. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan menggunakan kertas
keras.
4. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan,
keputusan peperiksaan UPSR/PT3, dll disimpan dalam fail ini. Dengan salinan
keputusan Peperiksaan Dalaman
- Guru Kelas semasa hendaklah mengisi maklumat pelajar yang belum ada seperti
yang dikehendaki.
- Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahannya atau bertukar sekolah.
- Semua fail perlu disimpan di pejabat ( depan bilik PK.HEM )
( tertakluk kpd perubahan ).
Fail Kelas Guru Tingkatan
- Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu
bapa/penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid
disimpan dalam fail ini.
2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat
gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan
dalam fail ini.
- Fail kelas sentiasa berada dengan guru kelas
Pendaftaran Murid Baru
- Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras
tingkatan/GPK.HEM.
2. Guru tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan
murid sebelum urusan mendaftar dilakukan. Mendaftarkan murid
baru dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang
SMM)/APDM dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga . Jika murid
membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
- Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar baru.
Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru kelas hanya mengemaskini
data SSDM /APDM yang telah dibuat dan menyerahkan ’hard copy’ pada guru
SSDM/APDM.
- Guru tingkatan hendaklah menyemak ,jika murid berkenaan menerima
sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
- Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar
dan memaklumkan kepada PK HEM.
- Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak
yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM, guru
kebajikan
- PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH, PAFA,
dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
- Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket /APDM
kepada guru tingkatan dan guru tingkatan akan memasukkan
data pelajar baru dalam komputer dan menyerahkan 1 salinan
hard copy kepada guru SMM/APDM
Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
- Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
- Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
- Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu menentukan semua buku teks
telah dipulangkan. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. (Sila guna
borang khas di pejabat) Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru
SPBT.
4. Pertukaran dalam Negeri Terengganu Merekodkan judul buku yang akan
dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas di pejabat). Menyerahkan
satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
- Guru tingkatan menyediakan dokumen –dokumen bertukar murid
berkenaan untuk diserahkan kepada murid/penjaga melalui sekolah
- Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan
diserahkan kepada murid /penjaga berkenaaan pada hari akhir persekolahan
(bergantung kepada keadaan).
7.0 PENGURUSAN BUKU TEKS
- Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah memastikan semua
pelajar mendapatkan kemudahan bekalan buku teks yang mencukupi
- Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau buku teks
pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan
- Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Negeri
Terengganu.
- Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di
pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.( Jika ada)
5. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar
sekolah di luar Negeri Terengganu memulangkan semula buku SPBT tersebut
dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
- Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
- Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan buku teks.
- Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks.
- Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan
plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas .Guru tingkatan juga perlu
mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah
/ dalam kelas @ di mana sahaja.
10 .Guru mata pelajaran memastikan murid membawa buku teks ke sekolah.
( bergantung kepada keadaan )
- AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali , buku teks yang
di ambil dalam operasi tersebut diberi tempoh seminggu untuk pelajar
berkenaan menuntut balik dengan bayaran RM 2.00 sebuah ( akan
dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan
dipamerkan di papan kenyataan oleh AJK SPBT
- Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari
pertama persekolahan.
8.0 KETETAPAN PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN
(BKP) & BKP(U)
1 .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang Berjaya menerima
surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.
Guru-guru tingakatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak
untuk memohon biasiswa.
- Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa
berkenaan dan pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00
bagi setiap murid dalam tempoh 2 bulan dengan menggunakan kad ATM
yang dibekalkan.
- Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan
murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang di Lampiran
L dan mendapatkan Buku Akaun daripada Guru Biasiswa.
- Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.
- Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat
lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu di hantar
kepada pihak penaja.
- Guru Biasiswa hendaklah mengenalpasti jika ada murid baru terutamanya
murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa
mereka di sekolah rendah.
7. Walau pun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka
mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah
menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan biasiswa .
8. Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat
menyambang semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang
permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
9. Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima
sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada pihak sekolah
terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kurang daripada RM1500 sebulan.
10. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima biasiswa.
9.0 KETETAPAN UNIT BIMBINGAN & KAUSELING
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
- Kaunselor / Guru B&K mestilah memberikan galakan, motivasi dan
merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu serta
membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang
dihadapinya.
- Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut ketikanya, demi
memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan
hanya boleh didedahkan kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
- Kaunselor / Guru B&K boleh membantu murid-murid dengan memberi
bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok.
- Kaunselor / Guru B&K juga harus memainkan peranan aktif dalam merancang,
mengelola dan menjalankan program-program motivasi, kepimpinan,
akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada pada murid.
- Guru UBK harus membimbing murid dalam membuat pemilihan kerjaya
mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin membuat
pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
- Guru UBK mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling
kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama,
kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan
diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam
bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
- Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada Guru
UBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling atau pun
murid yang menghadapi masalah disiplin.
10.0 KEBAJIKAN MURID
- Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai bilangan anak
yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social Economic Status) agar
mereka ini dapat diberikan bantuan.
– Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan dan
isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut kepada
Penyelaras Tingkatan / Ketua Guru Kebajikan untuk rujukan PK HEM
2. Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada
dalam kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau penyakit
kritikal yang lain atau murid yang mendapat kemalangan / kematian atau
bencana dalam keluarganya.
3. Derma akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku kematian/bencana
seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.
- Tabung Kebajikan Pelajar SMKADG diwujudkan.
- Pungutan duit untuk Tabung Kebajikan akan dibuat dalam kalangan warga SMKA
sebulan sekali
11.0 KETETAPAN AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
- a) REKOD KESIHATAN MURID
- Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku
Rekod Kesihatan. ( warna biru )
2. Buku Rekod Kesihatan ini diperolehi sewaktu murid berada di sekolah rendah
lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah
menengah.
3.Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau kehilangan
buku tersebut, sila maklumkan kepada GPK HEM .
4. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini
diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau pun semasa suntikan
imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja) diberikan kepada murid oleh
pegawai kesihatan.
- Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun mengikut tingkatan di
bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan
- Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah
dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
- b) KAD PERGIGIAN MURID
Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan
setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
2. Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu
bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan
- BADAN DAKWAH & KEROHANIAN
- Badan Dakwah Sekolah dan Unit Kerohanian Asrama hendaklah menyediakan
perancangan yang teratur dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar
- Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah / asrama seperti tadarus Al-Quran pagi, solat zohor berjemaah
ceramah, tazkirah dan lain-lain lagi
- Semua pelajar SMKADG wajib menghadiri bacaan Al-Quran Pagi kecuali ad
perhimpunan rasmi.
. 4. Ketua/SU BADAR menyediakan jadual pelajar yang bertugas untuk
bacaan Al-Quran pagi
13.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
- Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan
i. Penolong Ketua Tingkatan - AJK Kebersihan
iii. AJK Keceriaan
iv. AJK SPBT
v. AJK ICT (celik ICT)
vi. AJK setiap Mata Pelajaran - Menyelaras penyediaan perkara berikut:
i. Carta Organisasi Kelas – ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas
ii. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan di hadapan kelas
iii. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas
- Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja Guru
v. Inventori KelasØ – ditampal pada pintu
vi. Papan KenyataanØ – milik kelas tersebut
vii. Moto KelasØ – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas
viii MisiØ & Visi Sekolah, – ditampal pada papan
ix. Misi & Visi KPM, kenyataan hadapan kelas Piagam Pelanggan,
Moto Sekolah, DLL.
- Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah diberi
nombor siri.Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang
rosak.
4. Kebersihan kelas: Memastikan kelas dibersihkan setiap hari
persekolahan. Guru masa pertama hendaklah mengambil masa 5 minit
untuk untuk pelajar yang bertugas membersihkan kelas. Setiap guru yang
masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih.
Memastikan sampah di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir
setiap hari.5 minit sebelum berakhir P & P, murid bertugas mesti
membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Semua murid menaikkaan
kerusi ke atas meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu sebelum
meninggalkan kelas. Memastikan pintu kelas dikunci.( tertakluk kpd
keadaan)
- Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
– Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta
suisnya dalam keadaan baik dan selama digunakan.
– Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang
rosak kepada guru berkenaan ( Guru Pembangunan).
– Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas
yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh
dedikasi.
– Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya
terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid.
(Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu
salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada
PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama).
– Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:
+ Bahan-bahan keceriaan kelas
+ Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
- Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:
Kelas : ____________
Nama Guru Tingkatan : _______________
Bil No. Pendaftaran Nama Penuh Murid(spt L/P /Kelas /Catatan
KP & susun ikut abjad) (2015)
1.
2.
3.
4.
- Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi
persekolahan
Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa
Sebab
- Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri.
Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari
pertama pekolahan , tanpa sebarang surat daripada
ibubapa/penjaga atau surat sakit.
9.Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng
sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut
tatacara yang telah ditetapkan.
14.0 KAD KELUAR KELAS
- Semua Ketua/Penolong ketua kelas hendaklah mendapatkan kad
kebenaran keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas,berjumpa
guru semasa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya mesti memakai
kad berkenaan, dengan menggangtungkan pada leher sepanjang masa
berada di luar kelas.
3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru kelas.
- Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada Guru Kelas / Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
15.0 KETETAPAN KANTIN
- Kantin sekolah hendaklah dibuka setiap hari persekolahan.
- Kantin hendaklah sentiasa bersih dan ceria
- Proses jual beli hanya berlaku semasa rehat sahaja
- Pihak luar tidak dibenarkan menjual makanan & minuman di kawasa sekolah
- AJK kantin / GURU BERTUGAS hendaklah memastikan murid-murid beratur dengan baik semasa pembelian di kantin
- AJK kantin hendaklah memastikan Murid-murid meletakkan bekas makanan & minuman yang sudah digunakan di dalam bekas yang disediakan.
- Ketua JK Kantin hendaklah menghantar laporan Kendiri Kantin setiap akhir bulan kepada PPDM.
- GPK.HEM hendaklah menyemak dan menandatangan Laporan kendiri kantin
setiap hari persekolahan
- GPK.HEM / AJK kantin hendaklah memastikan Kantin SMKADG Gred A
- AJK kantin hendaklah sentiasa memantau makanan & minuman yang dijual di
kantin sentiasa bersih untuk mengelak berlaku keracunan makanan