Dasar Hal Ehwal Murid
DASAR JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
Pengenalan
Pengurusan Unit Hal Ehwal satu proses pengendalian sumber sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat dalam instutiti sekolah sama ada pentadbir, pelajar, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa dan masyarakat.
Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid di SMKA Durian Guling melibatkan beberapa unit atau jawatankuasa penting dibawahnya iaitu :
A. SAHSIAH
1. Jawatankuasa SUMUR
2. Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas
3. Jawatankuasa Lembaga Disiplin
4. Jawatankuasa Buku Kawalan Kelas
5. Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian
6. Jawatankuasa Perhimpunan Mingguan
7. Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
8. Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah
9. Jawatankuasa Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
10. Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar
11. Jawatankuasa Maklumat Murid (SMM) & APDM
12. Jawatankuasa Program Skim Lencana Anti Dadah/SLAD
13. Jawatankuasa Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
14. Jawatankuasa RIMUP
B. KEBAJIKAN
1. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (YATIM/MISKIN)
2. Jawatankuasa Biasiswa
3. Jawatankuasa KWAPM
4. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks
5. Jawatankuasa Kesihatan dan Bilik Rawatan
6. Jawatankuasa Denggi
7. Jawatankuasa Siaraya
8. Jawatankuasa BAS Sekolah
9. Jawatankuasa 3K Sekolah
10. Jawatnkuasa Kantin Sekolah
C. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Jawatankuasa Kad Maklumat Murid/Kad 001
2. Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya
3. Jawatankuasa Sekolah Selamat
D. ASRAMA
1. Jawatankuasa Pengurusan Penghuni Asrama
2. Jawatankuasa Lujnah/Biro Asrama
E. IKLIM
1. Jawatankuasa Pengurusan Surau
2. Jawatankuasa Pembangunan Fizikal
3. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Mesyuarat
4. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Dewan
5. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Tandas
6. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik Darjah
7. Jawatankuasa Pengurusan bilik Guru
8. Jawatankuasa Pengurusan Kantin
9. Jawatankuasa Pengurusan Keceriaan Bilik-Bilik Khas
10. Jawatankuasa Keselamatan Sekolah
11. Jawatankuasa 3 Sekolah
1. PENGURUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN PELAJAR
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
||||||||||||||||||||||||
FAIL
|
Setiap jawatankuasa harus memiliki tiga (3) fail utama yang sentiasa dikemaskini :-
|
Semua Jawatankuasa Pengurusan Pelajar |
||||||||||||||||||||||||
MESYUARAT JAWATANKUASA |
1. Mesyuarat diadakan 4 kali setahun mengikut takwin yang telah ditetapkan atau bila-bila dirasakan perlu.
2. Agenda yang perlu dibincangkan.
|
|
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
SURAT PANGGILAN MESYUARAT |
1. Diedarkan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh mesyuarat dijalankan
2. Surat panggilan tersebut mestilah mengandungi
3. Salinan hendakalah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua dan Penolong Kanan dan semua Guru Kanan Matapelajaran |
|
2. PENGURUSAN DISIPLIN DAN SAHSIAH
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
|
PERSEDIAAN DAN OPERASI |
Operasi Tindakan : 1. Maklumat disiplin pelajar 2. Rekod Disiplin Pelajar 3. Laporandan Analisa Kes Disiplin Pelajar 4. Tindakan / Hukuman Secara Insitu 5. Laporan Tindakan (kepada yang terlibat) 6. Langkah Tindakan 7. Rekod Tindakan / Hukuman 8. Laporan Oleh Jawatankuasa Disiplin Pelajar 9. Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin / Sidang kes 10. Prosedur Tindakan / Hukuman 11. Analisis Indikator / Laporan Bulanan
|
Semua Guru, Guru Bimbingan dan Jawatankuasa Disiplin Pelajar |
|
|
Pemulihan 1. Prosedur Pemulihan Oleh Guru Bimbingan 2. Jawatankuasa Disiplin 3. Guru Tingkatan 4. Guru Mentor 5. Pentadbir 6. Ibu / Bapa / Keluarga
|
|
|
|
Pencegahan / Bimbingan / Pemupukan Nilai Murni : 1. Semua guru perlu maklum dan faham segala prosedur bimbingan dan tindakan 2. Semua pelajar wajib dimaklumkan tentang peraturan sekolah dan implikasi peraturan tersebut
3. Semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan mesti bermotifkan kepada pemupukan nilai-nilai murni di kalangan pelajar
4. Semua aktiviti dan kegiatan mesti berfokus kepada MESRA PELANGGAN dan pendemokrasian pendidikan
5. Jawatankuasa Bimbingan Sekolah mesti meletakkan program pencegahan sebagai objektif utama di dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti dan kegiatan
DISIPLIN MURID
1. Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
(Rujuk Buku Modus Operandi Disiplin )
Dasar Umum Disiplin 2. Setiap murid wajib memiliki buku catatan komunikasi dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan Rasmi & Harian. 3. Pada awal tahun permulaan sesi persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan dari masa ke semasa. Pemeriksaan Gempar/Spot Check 2. Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan menjalankan spot check dengan disaksikan oleh murid berkenaan.
3. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh AJK Disiplin dalam Buku Rekod Salah Laku . Barang Rampasan yang disimpan di dalam almari di bilik PK HEM. 4. Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM. 5. Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik oleh ibu apa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. Barangan rampasan tersebut akan disimpan selama tiga tahun. Walaubagaiman pun, semua bergantung atas budi bicara pihak pentadbir.
6. Tuntutan ke atas barang rampasan boleh dibuat sekali setahun iaitu minggu akhir sebelum cuti akhir tahun. 7. Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa dalam mesyuarat AJK Lembaga Disiplin & AJK PIBG. 8. Semua bahan larangan seperti kamera, kamera digital, komputer riba ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. 9. Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid. Kaedah Mengatasi Disiplin 1. Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: 2. Guru mata pelajaran/guru kelas – rekod kesalahan murid dalam buku kawalan kelas 3. Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan: 4. Sijil Sifar Ponteng
Pengurusan Perhimpunan Rasmi & Harian
2. Perhimpunan Harian diuruskan oleh guru bertugas Mingguan
3. Jawatankuasa yang bertugas akan mencatat dalam Buku Rekod Perhimpiunan Rasmi & Buku Rekod perrhimpunan Harian 4. Semua pelajar wajib membawa Buku Catatan Komunikasi semasa Perhimpunan Rasmi dan Perhimpunan Harian. 5. Semua guru diwajibkan hadir Perhimpunan Rasmi dan berada di atas pentas kecuali guru yang bertugas.
6. Semua kumpulan Pengurusan SMKADG memasuki dewan setelah semua guru dan pelajar berada di dalam dewan. Kemasukan Kumpulan Pengurusan SMKADG diumumkan oleh Pengacara Majlis.
7. Guru-guru & pelajar juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. 8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dewan semasa perhimpunan sedang berjalan kecuali dengan kebenaran guru.
9. Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan kepada Ketua AJK Perhimpunan. 10. Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan) kecuali Buku Catatan Komunikasi
11. Aturcara Perhimpunan Rasmi : i. Ucapan Pengacara Perhimpunan – Lagu NegaraKu – Lagu Negeri Terengganu – Lagu Sekolah – Asma’ al-Husna
ii. Ucapan Guru Bertugas Mingguan ( 2 ucapan Guru Bertugas Mingguan ) iii Ucapan Guru lain ( Jika ada ) ( mohon maklumkan kepada Ketua Perhimpunan Rasmi ) iv. Ucapan Guru Penolong Kanan / GKMP v. Ucapan Pengetua vi – penyampaian hadiah ( jika ada ) – Pengumuman – Bacaan doa – bersurai
DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
Ponteng Sekolah 1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2. Guru Tingkatan hendaklah menendakan ‘O’ dalam BJKM kelas.
4. Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang RPS. Rekod hantaran surat kepada ibubapa /penjaga (dalam fail kelas).
5. Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah/bilik GPK.HEM/Bilik Disiplin.
ditandatangani oleh :
» Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga) Rekod Salah Laku di bilik Disiplin / Bilik GPK.HEM kelas guru Tingkatan) 7. Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan Surat Amaran 1, 2 dan 3(daripada fail kelas GuruTingkatan), surat UBK. 8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :
1. Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan guru kelas.. 2. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.
4. Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula( jika sudah dibuang sekolah) setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak Pendaftar Sekolah di JPNT.
Ponteng Kelas
kepada Ibubapa/penjaga murid diserahkan kepada Kaunselor laku murid Berikutnya – Rotan 2 kali / gantung
|
|
PERKARA |
PERKARA / AKTIVITI |
TINDAKAN |
|
DASAR AM PENGURUSAN KELAS 1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) 2. Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama (Januari) persekolahan.
3.Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan oleh guru kelas ( sekiranya guru kelas tidak hadir sekolah penyelaras tingkatan berkenaan akan mengambil alih tugas tersebut ) sebelum pukul 9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
4. Tandakan BJKM seperti berikut: i. Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir. tanpa sebab. hadir bersebab. (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit). lewat (dikira hadir). mewakili sekolah (dikira hadir). terlibat perkhemahan/Sukan (dikira hadir). digantung persekolahan (dikira tidak hadir). tidak bolehdigunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas.
5. Gunakan pen dakwat hitam, mata bulat , nama murid huruf besar dan pelajar tidak dibenarkan menanda BJKM.
6. Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di rak pejabat sekolah dan ditanda kehadiran pelajar selewat – lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari persekolahan.
7. BJKM tidak boleh dibawa keluar daripada pejabat sekolah kecuali dengan kebenaran
8 BJKM hendaklah ditutup setiap akhir bulan, sekiranya tiada guru kelas, penyelaras tingkatan berkenaan mengambil alih tugas tersebut..
9. BJKM terbaik akan menerima anugerah pada Hari Anugerah Cemerlang guru SMKADG akhir tahun.
Buku Kawalan Kelas (BKK)
1. Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
2. BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk kelas pada setiap waktu.
3. Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
4. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar. 5. Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
8. Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan hendaklah menghantar BKK kepada Penyelaras Tingkatan setiap hari selasa sebelum solat zohor & Mengambil pada pagi rabu keesokan harinya.
9. Penyelaras Tingkatan akan menyemak BKK setiap hari selasa dan menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada keesokannya kepada AJK Disiplin yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Fail Peribadi Murid (Folder) 5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
6. Semua fail perlu disimpan dalam di bilik Kaunseling ( tertakluk kpd perubahan ).
Fail Kelas Guru Tingkatan
Pendaftaran Murid Baru 1. Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan/GPK.HEM. 3. Tingkatan Dua hingga PraU(A) Kumpulkan borang SMM/APDM yang telah lengkap dan serahkan kepada guru SMM/APDM. Guru tingkatan 1 dan PraU(R) akan memasukkan data pelajar- pelajar baru.Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru –guru hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan menyerahkan ’hard copy’ pada guru SMM/APDM. 4. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa. 5. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM. 6. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM. 7. PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PEKA,Folio KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu. 8. Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket /APDM kepada guru tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya kepada guru SMM untuk pengisian butiran di computer
Murid Keluar/Bertukar/Berpindah
1. Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
2. Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
3. Pertukaran keluar dari Negeri Terengganu menentukan semua buku teks telah dipulangkan. Merekodkan judul buku yang dipulangkan. (Sila guna borang khas di pejabat) Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
5. Guru tingkatan menyediakan dukumen –dukumen bertukar murid berkenaan.
6. Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan (bergantung kepada keadaan).
|
Guru Kelas |
3. PENGURUSAN KESELAMATAN PELAJAR
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
PERSEDIAAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN |
Bangunan Sekolah :
1. Pastikan bangunan dan kemudahan sekolah di dalam keadaan yang paling baik dan selamat
2. Pastikan semua pendawaian elektrik di semua bangunan sekolah berkeadaan selamat
3. Pastikan semua benda yang boleh mengancam keselamatan pelajar mesti dihapuskan
4. Pastikan semua peralatan elektrik di semua premis sekolah berkeadaan selamat diguna dan berfungsi
5. Pastikan semua alat pemadam api terdapat di semua lokasi seperti yang diarah pleh pihak bomba dan alatannya sentiasa di dalam keadaan yang terkini
6. Pastikan semua pelajar maklum dan faham dengan segala tindakan kecemasan sewaktu kebakaran
7. Semua tempat strategic mesti diletakkan pelan tindakan kebakaran sekolah
Tandas Guru / Pelajar
1. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan tandas guru / pelajar yang mencukupi kadar yang sebenar
2. Semua tandas hendaklah dilebalkan dengan jelas
|
|
|
3. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan dengan peraturan penggunaan tandas yang betul
4. Pastikan peraturan penggunaan tandas ditampal di semua tandas dengan jelas
5. Pastikan segala prosedur penggunaan tandas sentiasa dipatuhi oleh semua pelajar
6. Pihak guru dan sekolah hendaklah sentiasa peka dengan keselamatan dan kebersihan tandas
Bangunan Makmal :
1. Pastikan semua bangunan makmal berkeadaan selamat diguna
2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat semasa pelajar berada di makmal
3. Pastikan semua peralatan elektrik berada di dalam keadaan yang selamat diguna
4. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam makmal
5. Pastikan semua bahan kimia dan bahan lain yang merbahaya tersimpan dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan
6. Pastikan bilik penyimpanan bahan kimia merbahaya dilengkapi dengan kipas penyedut yang berfungsi
7. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan
8. Pastikan setiap makmal diletakkan peraturan penggunaan makmal pada tempat yang jelas dan strategik
9. Guru dan pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan berpakaian sewktu membuat sebarang ujikaji
10. Pastikan semua makmal dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini
11. Pastikan semua makmal tidak digunakan untuk P&P yang tidak berkaitan 12. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik makmal
|
|
|
Bilik Khas Kemahiran Hidup (KH)
1. Pastikan semua bilik khas KH berkeadaan selamat diguna
2. Pastikan peredaran udara adalah pada tahap selamat semasa pelajar berada di bilik khas KH
3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam bilik khas KH
4. Pastikan semua peralatan elektrik berfungsi dan berada di dalam keadaan yang selamat diguna
5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan dengan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan
6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan
7. Pastikan setiap bilik khas KH diletakkan peraturan penggunaannya pada tempat yang jelas dan strategik
8. Guru dan pelajar hendaklah sentiuasa mematuhi peraturan berpakaian sewaktu membuat sebarang kerja amali
9. Pastikan semua bilik khas KH tidak digunakan untuk P&P yang tidak berkaiatan
10. Pastikan semua bilik khas KH dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini
11. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik khas KH
Bilik Khas Lain (Perpustakaan/Makmal Komputer/Bilik Seni):
1. Pastikan semua bilik khas lain berkeadaan selamat diguna
2. Pastikan peredaran udara atau penghawa dingin berfungsi secukupnya
3. Pastikan pelajar sentiasa ditemani guru sepanjang waktu di dalam bilik khas
|
|
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
|
4. Pastikan semua peralatan elektrik dan pendawaian berfungsi dan berada di dalam keadaan yang selamat diguna
5. Pastikan semua peralatan yang merbahaya tersimpan dengan selamat
6. Pastikan semua pelajar dimaklumkan dengan tindakan keselamatan yang harus diambil ketika kecemasan
7. Pastikan setiap bilik khas diletakkan peraturan penggunaanya pada tempat yang jelas dan strategik
8. Pastikan semua bilik khas dilengkapi dengan peralatan pemadam api yang terkini
9. Pastikan semua pelajar mematuhi peraturan keluar masuk bilik khas
Padang dan Gelanggang Permaianan :
1. Semua guru dan pelajar hendaklah dimaklumkan tentang kemudahan yang disediakan di sekolah
2. Padang dan Gelanggang Permainan seharusnya mencukupi mengikut kadar keramaian pelajar
3. Semua pelajar dan guru hendaklah dimaklumkan dengan peraturan penggunaan padang dan gelanggang permainan
4. Pastikan semua pelajar mematuhi dengan peraturan penggunaan padan dan gelanggang permainan
5. Semua jadual dan peraturan penggunaan padang dan gelanggang permainan hendaklah dipaparkan dengan jelas di tempat yang difikirkan sesuai
6. Pastikan semua bahan yang berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pelajar hendaklah dihapuskan
Tempat Istirehat Pelajar :
1. Pihak sekolah hendaklah mempastikan semua pelajar mempunyai hak untuk berehat 2. Semua tempat rehat pelajar hendaklah dilebal dengan jelas 3. Semua pelajar hendaklah maklum dan patuh dengan semua peraturan tempat rehat pelajar
|
|
PERKARA
|
AKTIVITI |
TINDAKAN |
PERATURAN DATANG DAN BALIK SEKOLAH |
1. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku peraturan sekolah dan asrama (jika berkaitan)
2. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan peraturan dating dan pulang sekolah
3. Semua pelajar hendaklah sentiasa mematuhi waktu yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa Jadual Waktu
4. Semua pelajar adalah dilarang sama sekali pulang ke rumah atau keluar dari kawasan sekolah selain waktu balik
5. Semua pelajar hendaklah dimaklumkan dengan semua prosedur penggunaan kenderaan untuk datang dan pulang dari sekolah
|
Semua guru |
4. PENGURUSAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
PENGURUSAN KESIHATAN |
Operasi Berasaskan Sekolah :
1. Semua program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksana di sekolah mesti berlandaskan keutamaan kesihatan dan keselesaan pelajar
2. Semua program yang dilaksanakan di sekolah mestilah mengambilkira kesihatan dan keupayaan rohani pelajar
3. Semua guru hendaklah mengenalpasti semua pelajar yang mempunyai masalah kesihatan
4. Semua maklumat tentang kesihatan pelajar hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kesihatan Pelajar untuk diambil tindakan selanjutnya
5. Semua Jawatankuasa yang wujud di sekolah hendaklah menerapkan ilmu dan pendidikan kesihatan kepada semua pelajar 6. Semua guru haruslah berusaha untuk mempastikan semua pelajar adalah sihat jasmani dan rohaninya
|
|
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
|
Operasi Berasaskan Badan Luar :
1. Semua guru dan Jawatankuasa Kesihatan Pelajar sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan-badan lain yang membuat gerakerja untuk mempastikan pelajar berada di dalam sejahtera
2. Jawatankuasa Kesihatan Pelajar hendaklah sentiasa bersedia dengan segala macam rekod kesihatan pelajar yang diperlukan oleh badan lain khususnya Jabatan Kesihatan
3. Pihak Jawatankuasa Kesihatan Pelajar juga sentiasa memastikan bilik dan keperluan kesihatan sentiasa di dalam keadaan baik
|
|
KEBAJIKAN PELAJAR |
Operasi Berasaskan Sekolah :
1. Semua guru hendaklah mengambil tahu dan cakna akan kebajikan pelajar
2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa mengemaskini rekod status pelajar yang memerlukan bantuan / pertolongan serta mempunyai senarai nama pelajar miskin fakir, yatim yang sentiasa dikemaskini
3. Guru Tingkatan sentiasa peka dengan status pelajar
4. Melaksanakan aktiviti / program bagi membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh pelajar
5. Semua warga sekolah sentiasa memberi keutamaan kepada hak pelajar
6. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bekerjasama dengan Jawatankuasa Biasiswa sekolah
Operasi Berasaskan Badan Luar :
1. Semua guru dan Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan badan lain untuk bersama mempastikan kebajikan pelajar terlaksana
2. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar sentiasa bersedia dengan maklumat / rekod terkini status pelajar untuk digunakan oleh badan luar
|
Semua guru, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Biasiswa |
PERKARA |
AKTIVITI |
TINDAKAN |
PENGURUSAN BUKU TEKS |
PENGURUSAN BUKU TEKS
1. Semua guru Jawatankuasa Buku Teks hendaklah memastikan semua pelajar mendapatkan kemudahan bekalan buku teks yang mencukupi
2. Semua jawatankuasa juga hendaklah sentiasa memantau buku teks pelajar bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan
3. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Negeri Terengganu.
4. Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.( Jika ada)
muridnya yang ingin bertukar sekolah di luar Negeri Terengganu memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
6. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
7. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku teks.
8. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
9. Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah / dalam kelas.
10 .Guru mata pelajaran memastikan murid membawa buku teks ke sekolah.
11. AJK SPBT akan mengadakan Operasi tiga bulan sekali , buku teks yang diambil dalam operasi tersebut diberi tempoh seminggu untuk pelajar berkenaan menuntut balik dengan bayaran RM 2.00 sebuah ( akan dimasukkan dalam Tabung Kebajikan Pelajar ). Nama pelajar tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan oleh AJK SPBT
12. Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan.
DASAR PENGURUSAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) & BKP(U) 1 .Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang Berjaya menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa. 2. Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa berkenaan dan pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid dalam tempoh 2 bulan dengan menggunakan kad ATM yang dibekalkan. Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi had yang dibenarkan murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Wang di Lampiran L dan mendapatkan Buku Akaun daripada Guru Biasiswa. Ibubapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid. Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak penaja. 3. Bagi penerima bantuan biasiswa , Guru Biasiswa berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah. 4. Walau pun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan, mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan biasiswa .
7. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid penerima biasiswa.
UNIT BIMBINGAN & KAUSELING
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
6. Kaunselor / Guru B&K mestilah mengatur masa untuk member khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
KEBAJIKAN MURID
4. Tabung Kebajikan Pelajar SMKADG akan diwujudkan.
DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN REKOD KESIHATAN MURID
5. Buku Rekod Kesihatan disimpan di bilik rawatan disusun mengikut tingkatan di bawah jagaan Ketua Guru Kesihatan 6. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
KAD PERGIGIAM MURID
|
|
PENGISIAN AKTIVITI KEROHANIAN PELAJAR |
BADAN DAKWAH & KEROHANIAN
1. Badan Dakwah Sekolah dan Unit Kerohanian Asrama hendaklah menyediakan perancangan yang teratur dalam melaksanakan aktiviti kerohanian pelajar
2. Pelajar pelajar menghadiri semua aktiviti kerohanian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah / asrama seperti tadarus Al-Quran pagi, solat zohor berjemaah cerama, tazkirah dan lain-lain lagi
3. Sentiasa oring ruang dan peluang kepada pelajar agar mereka dapat mengadakan sendiri aktiviti keagamaan bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dan kualiti
4. Semua pelajar SMKADG wajib menghadiri bacaan Al-Quran Pagi kecuali ada perhimpunan rasmi.
|
|
IKLIM |
PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS 1. Melantik Jawatankuasa Kelas: Ketua Tingkatan ii. AJK Kebersihan
kenyataan hadapan kelas di hadapan kelas kenyataan hadapan kelas iv. Pelan kedudukan murid – ditampal di atas meja Guru hadapan kelas Piagam Pelanggan, Moto Sekolah, DLL. 5. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
6. Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah diberi nombor siri.
7. Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak.
7. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
8. Mengambil perhatian terhadap perkara berikut: – Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selama digunakan.
– Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaan ( Guru Pembangunan). – Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi. – Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat- lewatnya pada minggu pertama).
– Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut: · Bahan-bahan keceriaan kelas 9. Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:
9. Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
10. Mengisi oring senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama pekolahan sesi 2013, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
11.Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
KAD KELUAR KELAS
10. Kad keluar kelas yang rosak maklumkan kepada Guru Kelas / GPK. HEM
DASAR KANTIN
Laporan kendiri kantin setiap hari persekolahan
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG UNIT HEM
1. Sahsiah & Disiplin – Guru SUMUR Terbaik – Guru Disiplin Terbaik – Guru BADAR Terbaik – Guru PBSS Terbaik 2. Kebajikan – Guru Biasiswa Terbaik – Guru SPBT Terbaik – Guru Kesihatan & Rawatan Terbaik
3. Bimbingan & Kaunseling – Guru UBK Terbaik
4. Asrama – Warden Terbaik 5. Iklim – Buku Jadual Kedatangan Murid Terbaik – Buku Kawalan Kelas Terbaik – Guru Pengurusan & Keceriaan Terbaik – Guru Kantin Terbaik
ANUGERAH PELAJAR MITHALI
1. Lelaki 2. Perempuan
|
|
OBJEKTIF PEMBENTUKAN SAHSIAH PELAJAR
SMKA DURIAN GULING, MARANG, TERENGGANU
v MELAHIRAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERIMAN, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA
v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERKUALITI DAN BOLEH DICONTOHI
v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERFIKIRAN MATANG DAN BERLUMBA-LUMBA MENGEJAR KEBAIKAN
v MELAHIRKAN WARGA SMKA DURIAN GULING YANG BERDAYA TAHAN DAN BERDAYA SAING
“KERJA SATU IBADAT”
Muat Turun Untuk Dicetak